awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACL: JDT mahu balas dendam ke atas Kawasaki Frontale

Bernama
Bernama
24/11/2023
20:40 MYT
ACL: JDT mahu balas dendam ke atas Kawasaki Frontale
Solari yakin pemainnya lebih fokus dan bermotivasi kerana mereka tahu kepentingan perlawanan itu. - Foto fail/Sinar Harian
ISKANDAR PUTERI: Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Esteban Solari telah menghantar amaran jelas kepada Kawasaki Frontale dari Jepun bahawa Harimau Selatan itu telah bersedia untuk membalas dendam apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada Selasa depan (28 Nov).
Beliau menekankan keberaniannya itu memandangkan JDT akan bertandang ke tempat lawan yang merupakan juara empat kali Liga-J - Stadium Kawasaki Todoroki.
Solari berkata beliau tidak bimbang sebaliknya yakin anak buahnya boleh menewaskan Kawasaki Frontale di laman sendiri apabila kelab Jepun itu mengalahkan mereka 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada September lepas.
"Kami tahu kami akan menentang pasukan besar (Kawasaki Frontale) dan seperti yang saya katakan sebelum ini, ia bukanlah satu perlawanan yang mudah.
"Tetapi kami telah pamerkan kami adalah pasukan yang kompetitif, kami akan bersaing dengan semangat yang sama dan cuba memenangi perlawanan ini," katanya pada sidang media selepas pasukannya menewaskan Kuching City FC 2-0 dalam aksi Liga Super di sini semalam.
JDT mengorak langkah sumbang memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia 2023/2024 di laman sendiri apabila tewas 1-0 kepada Kawasaki pada 19 Sept lepas.
Kali ini, Solari yakin pemainnya lebih fokus dan bermotivasi kerana mereka tahu kepentingan perlawanan itu.
"Kami kuat dalam pertahanan dan serangan, kami percaya kami boleh melakukannya (menang) yang menjadi sasaran kami," katanya.
Kawasaki Frontale mendahului Kumpulan I dengan 12 mata manakala JDT menduduki tempat ketiga dengan enam mata iaitu berkongsi kedudukan dengan kelab Ulsan Hyundai yang mendahului dengan perbezaan gol.
Kelab Thailand, BG Pathum United berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Kuching City FC
#membalas dendam
#tempat lawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan