awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACL2: Selangor raih mata pertama, ikat Bangkok United 1-1

Bernama
Bernama
26/11/2025
22:20 MYT
ACL2: Selangor raih mata pertama, ikat Bangkok United 1-1
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan saling berhati-hati dalam mencongak serangan sehingga menyaksikan perlawanan terikat tanpa jaringan. - Foto Selangor FC
KUALA LUMPUR: Selangor FC akhirnya berjaya meraih satu mata berharga dalam kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2025/26 selepas terikat 1-1 menentang Bangkok United pada aksi Kumpulan G di Stadium Pathum Thani, Thailand semalam.
Keputusan itu sedikit sebanyak mengubat kekecewaan skuad Gergasi Merah yang sebelum ini tewas dalam empat perlawanan berturut-turut sehingga mengekalkan mereka di tangga tercorot kumpulan dan sah tersingkir daripada saingan.
Terdahulu, kedua-dua pasukan saling berhati-hati dalam mencongak serangan sehingga menyaksikan perlawanan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Bangkok United akhirnya berjaya memecah kebuntuan gol menerusi jaringan Rungrath Phumichantuk pada minit ke-51.
Ketika perlawanan tampak memihak kepada tuan rumah, Chrigor Moraes muncul wira menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk memastikan satu mata dibawa pulang Selangor dari tempat lawan.
Skuad kendalian Christophe Gamel itu akan melengkapkan jadual peringkat kumpulan menentang wakil Singapura, Lion City Sailors pada 10 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Juara-Juara Asia 2
#ACL2
#Selangor FC
#Bangkok United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan