awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACT 2023: Skuad hoki wanita akhiri kempen di tempat kelima

Bernama
Bernama
04/11/2023
14:40 MYT
ACT 2023: Skuad hoki wanita akhiri kempen di tempat kelima
Speedy Tigress lakar kemenangan 1-0 ke atas Thailand dalam perlawanan klasifikasi tempat kelima dan keenam di Ranchi, India. - FB Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita kebangsaan mengakhiri kempen kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2023 pada kedudukan lima selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Thailand dalam perlawanan klasifikasi tempat kelima dan keenam di Ranchi, India hari ini.
Pada aksi di Stadium Hoki Marang Gomke Jaipal Singh Astroturf itu, jaringan tunggal hasil pukulan sudut penalti Nurmaizatul Hanim Syafi Sheikh Fuad seawal minit pertama perlawanan, sudah memadai untuk memastikan skuad Speedy Tigress melakar kemenangan kedua dalam kejohanan berkenaan.
"Alhamdulillah kita dapat kemenangan kedua dengan Thailand sekali gus dapat tempat kelima. Namun begitu saya rasa kita boleh lakukan lebih baik berikutan meraih banyak peluang melalui pukulan sudut penalti.
"Sekembalinya ke Malaysia banyak perkara perlu dilakukan kerana kita tahu kejohanan ini bukan mudah. Kita akan fokus kepada pemulihan pemain yang cedera untuk fokus kepada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024," menurut ketua jurulatih skuad negara Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menerusi audio dikongsi kepada media selepas perlawanan itu.
Sebelum ini, Malaysia tewas dalam tiga perlawanan saingan liga sepusingan berkenaan, masing-masing kepada juara bertahan Jepun 0-3, India (0-5) serta China (0-4) dan meraih keputusan seri 1-1 bertemu Korea Selatan sebelum bangkit meraih kemenangan sulung ke atas Thailand (2-0).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad hoki wanita
#act
#speedy tigress
#Thailand
#tempat kelima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan