awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFC tangguh pertandingan dalam bulan Mei dan Jun

Bernama
Bernama
14/04/2020
19:52 MYT
AFC tangguh pertandingan dalam bulan Mei dan Jun
AFC memutuskan untuk menangguhkan semua perlawanan dan pertandingan yang dijadualkan berlangsung dalam bulan Mei dan Jun. - Bernama
Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan untuk menangguhkan semua perlawanan dan pertandingan yang dijadualkan berlangsung dalam bulan Mei dan Jun, sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Ia disebabkan pelaksanaan pelbagai langkah pencegahan dan sekatan perjalanan yang dikenakan oleh beberapa negara dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Dalam satu kenyataan di sini AFC berkata keputusan itu juga selaras dengan komitmen pihaknya dalam memelihara kesejahteraan dan keselamatan pemain, pasukan yang mengambil bahagian, para pegawai, peminat dan semua pemegang taruh, semasa tercetusnya pandemik COVID-19.
"AFC juga akan sentiasa berhubung dan berbincang dengan ahli persatuan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan-kejohanan Kelab AFC, dan akan meninjau semua kemungkinan pilihan untuk bertanding dalam Liga Kejuaraan AFC dan Piala Peringkat Kumpulan AFC," katanya.
Badan pentadbir bola sepak piala Asia itu memantau dengan rapi perkembangan pandemik COVID-19, dan sebelum ini telah menangguhkan semua perlawanan yang dijadual berlangsung dalam Mac dan April selepas mengadakan siri mesyuarat tergempar di Delhi, Doha, Dubai and Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#afc
#Asia
#bola sepak
#COVID-19
#koronavirus
#langkah pencegahan
#Persekutuan Bola Sepak Asia
#sekatan perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan