awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFCON: Juara empat kali diaib pasukan kerdil

Astro Arena
Astro Arena
19/01/2022
03:36 MYT
AFCON: Juara empat kali diaib pasukan kerdil
Ghana tersingkir daripada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas mereka mengalami kekalahan mengejut 2-3 kepada Comoros. -Stadium Astro
GHANA tersingkir daripada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas mereka mengalami kekalahan mengejut 2-3 kepada Comoros.
Kemenangan sudah memadai untuk Black Stars mara sebagai salah sebuah pasukan di tempat ketiga terbaik, tetapi dua gol daripada Ahmed Mogni memberikan Comoros kemenangan pertama dalam kancah itu, awal pagi tadi.
Malah, kekalahan mereka itu diburukkan lagi apabila ketua pasukan juara empat kali tersebut, Andre Ayew, dibuang padang dalam pertemuan Kumpulan C berkenaan.
Comoros mendahului pada minit keempat melalui rembatan El Fardou Ben Nabouhane ke penjuru bawah kanan gawang lawan.
Masalah Ghana semakin meruncing apabila Ayew dilayangkan merah ketika mereka mengasak untuk mendapatkan gol penyamaan apabila video bantuan pengadil (VAR) mengesannya telah mengasari penjaga gol, Salim Ben Boina, ketika cuba menyambut bola lantunan hasil rembatan Kamaldeen Sulemana.
Kelebihan seorang pemain membuka ruang buat Comoros untuk melebarkan kedudukan selepas sejam permainan berikutan kesilapan penjaga gol, Jojo Wollacott, yang memberi peluang kepada Mogni.
Ghana segera bertindak balas untuk merapatkan jurang menerusi tandukan Richmond Boakye sebelum Alexander Djiku menjadikan kedudukan 2-2 selepas pertahanan Comoros gagal menangani bola mati tatkala permainan berbaki 13 minit.
Gol kelima perlawanan akhirnya diletakkan oleh tolakan Mogni untuk menyempurnakan kelincahan Bendjaloud Youssouf dari sayap kanan untuk pasukan kerdil itu menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati sementara Ghana pula merana.
Topic Berkaitan
#AFCON
#Ghana
#Comoros
#Black Stars
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan