awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFF B-22: Kemenangan tak bermakna, Malaysia tetap tersingkir

Bernama
Bernama
22/02/2019
15:00 MYT
AFF B-22: Kemenangan tak bermakna, Malaysia tetap tersingkir
Malaysia tersingkir daripada saingan Kejuaraan Bawah 22 Konfederasi Bola Sepak ASEAN walaupun menang 1-0 ke atas Myanmar Jumaat malam. - Facebook/FAMalaysiaOfficial
Malaysia tersingkir daripada saingan Kejuaraan Bawah 22 (B-22) Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF) walaupun menang 1-0 ke atas Myanmar pada perlawanan terakhir kumpulan B di Stadium RSN, Phnom Penh, Kemboja, malam ini.
Kemenangan Indonesia 2-0 ke atas Kemboja 2-0 pada perlawanan yang berlangsung serentak di Stadium Olimpik Nasional menyaksikan skuad Garuda Muda muncul naib juara kumpulan dan mengiringi pasukan tuan rumah ke saingan separuh akhir.
Pada aksi di Phnom Penh, penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak muncul wira skuad B-22 negara setelah menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-45 pada aksi berkenaan yang disiarkan secara langsung menerusi sebuah televisyen swasta tempatan.
Bercakap pada sidang media selepas perlawanan berkenaan, pengendali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui beliau agak kecewa kerana gagal merebut dua slot terbaik dalam kumpulan untuk mara ke separuh akhir.
"Selepas ini, kita akan memikirkan persediaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan B-23 AFC bulan depan," katanya.
Kim Swee mengakui walaupun skuadnya kehilangan beberapa tonggak utama namun pemain yang mewakili negara kali ini tetap menampilkan aksi terbaik.
Untuk rekod, Malaysia tewas 1-0 kepada Kemboja pada perlawanan pembukaan pada 18 Feb dan seri 2-2 dengan Indonesia pada aksi kedua, selang dua hari kemudian. -- Bernama
Topic Berkaitan
#aff u22 championship 2019
#Malaysia
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan