Foto empat lagi individu dipercayai terlibat dalam rusuhan semasa perlawanan bola sepak suku akhir pertama Piala AFF Suzuki Ahad lalu diedar polis.

Setakat ini, lima daripada individu yang diburu telah menyerah diri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, pihaknya telah mengenalpasti 15 indivudu yang terlibat dengan rusuhan itu.

Rakaman percakapan telah dibuat ke atas indivdu yang tampil ke balai polis semalam.

Usaha memburu 10 lagi individu terlibat giat dijalankan.

Dalam kejadian 7 Disember lepas, pada aksi separuh akhir pertama malam tersebut, segelintir penyokong fanatik Harimau Malaya dilaporkan bertindak keterlaluan sehingga berlaku ketegangan diantara mereka dengan penyokong Vietnam sebaik tamat perlawanan tersebut.

Kejadian itu juga turut dikesali oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kecewa dengan sikap tidak bertamadun kumpulan penyokong ultra IJF (Inter Johor Firms) itu yang bertindak melampaui batas dengan menyerang para penyokong Vietnam ketika berlangsungnya perlawanan separuh akhir pertama.

Turut kecewa dalam kejadian tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan beliau memohon maaf bagi pihak Kerajaan Malaysia terhadap Vietnam di atas kejadian terbabit.