awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound

Fareez Azman
Fareez Azman
19/09/2020
11:24 MYT
Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound
Thiago Alcantara meraikan kemenangan menjaringkan gol keempat pasukannya dalam perlawanan Liga Juara-juara EUFA antara Bayern Munich dan Arsenal di Munich, Jerman, Disember 2017. Gambar fail REUTERS
PEMAIN tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara bakal menyarung jersi Liverpool selepas pasukan itu menandatangani perpindahan pemain antarabangsa Sepanyol itu.
Perpindahan Thiago dengan kontrak empat tahun bersama Liverpool bernilai 20 juta pound (RM 106.7 juta) dengan tambahan 5 juta pound (RM26.7 juta).
Thiago yang tiba di Manchester dari Munich itu bagaimanapun sedang melakukan pemeriksaan kesihatan peringkat akhir sebelum melengkapkan perpindahannya ke Anfield.
Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini membantu Munich selama tujuh tahun dalam mencapai beberapa kemenangan.
Terbaharu, Munich menewaskan Paris Saint-German dalam Liga Juara di Lisbon bulan lalu.
Bagi Thiago, perpindahan itu memberi satu cabaran baharu buatnya terutama dalam menyesuaikan diri bersama pasukan Liverpool.
"Saya berasa amat teruja, kerana sudah lama saya menunggu detik ini dan saya amat gembira," jelasnya.
Ujarnya, beliau akan cuba membantu Liverpool dalam memenangi sebanyak mana piala bagi kelab itu.
"Keluarga (Liverpool) ini juga, adalah apa yang saya mahukan kerana kami sudah mempunyai hubungan rapat dengan pasukan ini. Jadi, saya yakin dengan diri saya dan pasukan ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#Bola
#Juara
#keluarga
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Paris
#perpindahan
#PSG
#sepanyol
#Thiago Alcantra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan