awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Daftar pemilih tambahan Disember 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Bas ulang-alik Bukit Bendera percuma 16 hingga 19 Februari
Kerajaan Malawi rayu sokongan antarabangsa untuk mangsa banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawasan Stadium Shah Alam digenangi air selepas hujan hampir sejam

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
27/10/2018
09:08 MYT
Kawasan Stadium Shah Alam digenangi air selepas hujan hampir sejam
Hujan lebat pada sebelah petang hari ini membuatkan kawasan parkir stadium dinaiki air. - Foto Badru Hishan Mohd Zin/AwaniJR
Kemeriahan aksi penyokong Terengganu dan Perak yang berkumpul sejak pagi di Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2018 sedikit terjejas apabila hujan lebat mula turun sekitar jam 3 petang tadi.
Hujan yang berterusan hampir sejam itu menyaksikan sebahagian kawasan parkir kereta di stadium tersebut digenangi air.
Kebanyakan penyokong terpaksa bergerak ke kawasan berbumbung di perkarangan stadium untuk berlindung sebelum pintu stadium dibuka jam 4 petang.
Keadaan kawasan parkir kenderaan yang dinaiki air sewaktu hujan lebat petang tadi. - Foto: Badru Hishan Mohd Zin/AwaniJR
Keadaan kawasan parkir kenderaan yang dinaiki air sewaktu hujan lebat petang tadi. - Foto: Badru Hishan Mohd Zin/AwaniJR
Bagaimanapun, keadaan dalam stadium dan di atas padang tidak terjejas setakat ini dan dijangka tidak akan mengganggu aksi final yang dijadual berlangsung jam 8.45 malam nanti.
Malah keadaan di dalam stadium tersebut mula sesak dan hampir penuh dengan kedua-dua penyokong sejak pintu dibuka.
Menurut Badru Hishan Mohd Zin yang juga merupakan salah seorang warga AwaniJR, keadaan tersebut bagaimanapun tidak melunturkan semangat kebanyakan para penyokong yang hadir dari kedua-dua buah negeri tersebut untuk menyaksikan perlawanan malam ini.
Padang dilaporkan dalam keadaan baik. - mohdizzathilmi/AwaniJR
Padang dilaporkan dalam keadaan baik. - mohdizzathilmi/AwaniJR
Para penyokong Terengganu setia menanti aksi pasukan mereka. - mohdizzathilmi/AwaniJR
Para penyokong Terengganu setia menanti aksi pasukan mereka. - mohdizzathilmi/AwaniJR
Topic Berkaitan
#air
#Bola
#kereta
#Malaysia
#penyokong
#Perak
#Piala Malaysia
#shah alam
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan