awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia

Bernama
Bernama
23/12/2024
02:15 MYT
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan silat negara atas dedikasi dan pencapaian hebat mereka pada Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 di Abu Dhabi, UAE. - Foto Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pesilat negara V Thamaraj yang menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 kategori bebas putera di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri dengan menewaskan pesilat Uzbekistan Khudoyberdiev Diyobek untuk membawa pulang pingat emas dan juga muncul juara dunia.
Pada masa sama, Ahmad Zahid turut berbangga dengan pencapaian skuad silat negara di kejohanan dunia itu apabila pesilat senior membawa pulang enam emas, sembilan perak dan empat gangsa manakala pesilat remaja meraih lima emas dan masing-masing empat perak dan gangsa.
"Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh pasukan silat negara atas dedikasi dan pencapaian hebat ini.
"Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kemenangan yang mengharumkan nama Malaysia di masa akan datang. InsyaAllah," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menerusi hantaran sama, Ahmad Zahid juga merakamkan penghargaan kepada Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang turut bersama-sama pesilat negara bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada wakil negara.
Megat Zulkarnain menerusi hantaran di Facebook turut memaklumkan Thamaraj telah mencipta sejarah sebagai pesilat pertama negara berbangsa India yang muncul seorang daripada juara dunia di kejohanan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#pesilat berbangsa India
#V Thamaraj
#Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan