awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidil Sharin puji persembahan anak buah benam Sarawak United

Bernama
Bernama
20/07/2022
02:40 MYT
Aidil Sharin puji persembahan anak buah benam Sarawak United
Mahmoud Al-Mardi (tengah) menyumbang dua gol untuk KDA FC dalam perlawanan menentang Sarawak United FC di Stadium Darul Aman malam tadi. - Foto Facebook/Kedah Darul Aman FC
ALOR SETAR: Pengendali Kedah Darul Aman (KDA FC) Aidil Sharin Sahak memuji mutu persembahan ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya menundukkan Sarawak United 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Beliau berkata walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama, pasukannya masih berjaya mengawal perlawanan dengan baik sekali gus memperoleh kemenangan berharga selepas mencatatkan beberapa kekalahan dalam perlawanan sebelum ini.
"Mereka faham apa harus dilakukan dan mengikut perancangan ditetapkan dan pasukan mendapat tiga mata berharga selepas kalah dua kali kepada Terengganu (sebelum ini).
"Saya percaya kepada pemain yang akhirnya bangkit dan melakukan tugas dengan baik, sekali gus memperbaiki kedudukan pasukan dalam liga," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan KDA FC melonjak ke tangga keempat liga dengan mengumpul 17 mata.
Dalam pada itu, Aidil Sharin turut berterima kasih kepada penyokong Skuad Kenari yang berterusan memberikan sokongan padu walaupun pasukan gagal mencatatkan kemenangan dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini.
Sementara itu, ketua jurulatih Sarawak United S.Balachandran berkata, beberapa kesilapan dilakukan pemainnya termasuk gagal memanfaat peluang menjadi antara faktor skuadnya tewas.
"Kesemua pemain telah bekerja keras dan bermain dengan bagus dari awal dan dapat menyamakan kedudukan... tetapi kerana kesilapan dilakukan, Kedah mendapat gol. Ia bukan perlawanan mudah kerana kita bermain di tempat lawan dan kita tahu Kedah pasukan yang kuat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidil Sharin Sahak
#Liga Super
#KDA FC
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan