awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akademi Hoki Pahang mampu lahirkan bakat baharu - Tengku Abdullah

Bernama
Bernama
08/01/2016
23:21 MYT
Akademi Hoki Pahang mampu lahirkan bakat baharu - Tengku Abdullah
Tengku Abdullah yang juga pengasas akademi itu bertitah seramai 65 pelatih menyertai akademi itu sejak program itu dimulakan pada 2013. - Gambar fail
Akademi Hoki Pahang mampu menjadi platform terbaik untuk mencungkil barisan pelapis bagi memajukan sukan itu di negara ini, kata Presiden Persekutuan Hoki Asia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Baginda bertitah akademi itu berupaya melatih bakat muda untuk menjadi pemain berkualiti dalam usaha melonjakkan kembali imej pasukan hoki kebangsaan.
"Ini merupakan usaha terbaharu Persatuan Hoki Pahang...saya yakin ia mampu menjadi gedung pemain-pemain muda berbakat untuk membantu pasukan negara," titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan akademi sukan itu dan logonya di Sekolah Sukan Pahang, yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh di sini, Jumaat.
Tengku Abdullah yang juga pengasas akademi itu bertitah seramai 65 pelatih menyertai akademi itu sejak program itu dimulakan pada 2013.
Terdahulu, baginda bertitah menyarankan supaya lebih banyak program pembangunan sukan hoki dianjurkan bagi meningkatkan mutu sukan itu di negara ini.
"Program mencari bakat baharu perlu banyak dilakukan supaya ada bakat muda berkualiti yang boleh menggantikan pemain lama," titah baginda semasa berucap pada majlis itu.
Tengku Abdullah bertitah Malaysia sebenarnya mempunyai ramai bakat muda berkebolehan dalam hoki, sekali gus mampu menyerlahkan lagi bakat mereka ke peringkat antarabangsa.
Akademi Hoki Pahang mencatat kejayaan tersendiri apabila pasukan hoki negeri ini yang menjalani latihan di akademi itu, muncul juara Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Kebangsaan dua tahun lepas.
Topic Berkaitan
#hoki
#Pahang
#Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan