Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan pelbagai kepincangan dalam Akademi Mokhtar Dahari (AMD) hasil lawatan mengejutnya di akademi bola sepak berkenaan dekat Gambang di sini, hari ini.
Beliau berkata akademi dibina dengan harga RM85 juta itu dilihat gagal menepati tujuan pembinaannya sebagai pusat latihan dalam melahirkan bakal pelapis Mokhtar Dahari di negara ini, dan bakat bola sepak bertaraf antarabangsa berikutan serba kekurangan dari segi kemudahan latihan dan peralatan.
"Saya sangat kecewa sebaik melihat sendiri permasalahan berlaku di AMD terutama berkaitan kemudahan dan peralatan di situ. Lebih menyedihkan perkara asas melibatkan aspek pemakanan tidak diberi penekanan sehingga ada pemain terpaksa berlapar kerana makanan disediakan tidak menepati kualiti ditetapkan.
"Masalah lain pula seperti bola sepak digunakan untuk latihan tidak mencukupi hingga memberi kesan terhadap prestasi pemain termasuk padang latihan yang dilanda banjir," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau meluangkan masa lebih dua jam melawat akademi itu selepas mendapat maklum balas pada sesi dialog bersama beberapa peminat bola sepak tanah air di Kuala Lumpur semalam, yang memintanya membuat audit mengenai segala peruntukan diberikan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
Turut mengiringinya Pengurus AMD, Yusof Ibrahim.
Syed Saddiq berkata faktor ketirisan juga dikesan berlaku di akademi berkenaan menyebabkan misi melahirkan pemain berbakat di negara ini mahupun di peringkat Asia terjejas.
"Dalam hal ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ini kerana masalah ini terlalu besar dan ia perlu diselesaikan segera kerana membabitkan peruntukan sehingga RM85 juta. Bagi saya, kita jangan sesekali menyalahkan pemain jika gagal melahirkan pemain berbakat jika perkara asas tidak diberi keutamaan," katanya.
Mengenai 740 kerosakan dan kecatatan dikesan berlaku di AMD, beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memanggil kontraktor utama pembinaan akademi berkenaan pada 10 Okt ini.
AMD dirasmikan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 2014 melibatkan peruntukan RM85 juta dengan objektif membawa dimensi baharu dalam bola sepak negara dengan latihan berprestasi tinggi dan pendedahan bakat di peringkat antarabangsa. -- Bernama
Bernama
Fri Oct 05 2018
Syed Saddiq (kanan) ketika lawatannya ke Akademi Mokhtar Dahari di Gambang hari ini. - Twitter/@imalianaNewsMPB
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Prestasi skuad B-23: Tak wajar tuding jari kepada PPBN, AMD - Ahmad Faizal
Tidak wajar untuk menuding jari kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) atas kegagalan skuad B-23 negara menyerlah dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini.
Norhafiz Zamani umum persaraan, ceburi bidang kejurulatihan
Dengan mengumumkan persaraannya pada usia 40 tahun, bekas pertahanan Negeri Sembilan itu akan membuka lembaran baru sebagai penolong jurulatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
KBS beri lampu hijau kepada MSN
Semua atlet akan melapor diri secara beperingkat dan perlu menjalani ujian swab sebelum dibenarkan berlatih seperti biasa di MSN.
Khuatir pemain AMD panaskan bangku simpanan
Ketika Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner, menganggap penyertaan beramai-ramai pemain akademi itu ke Selangor adalah satu langkah positif, Richard pula berasakan sebaliknya.
Keputusan MSN perkenal tanda harga pemain AMD adalah wajar - Richard Scully
AMD, FAM dan MSN sedang memperhalus mekanisma sesuai untuk pelaksanaan 'tanda harga' berkenaan supaya tidak membebankan pasukan Liga-M yang berminat mendapatkan bekas pemain AMD selepas ini.
Penyerang muda sensasi Lukman Hakim bakal beraksi di Eropah
Anak muda itu akan berlatih di Cardiff City sehingga berumur 17 tahun, sebelum berhijrah ke K.V. Kortrijk di Belgium
Pemilik Manchester City minat beli kelab di Malaysia
Beliau berharap kerjasama itu juga akan dapat memberikan impak yang positif kepada pembangunan belia, melalui Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) dan juga Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
97 peratus kecacatan binaan Akademi Mokhtar Dahari telah diselesaikan
Isu Akademi Mokhtar Dahari kembali jadi bualan.
Gaji RM175,000 wajar, sejajar dengan pengalaman Teong Kim - KJ
Gaji yang diberikan kepada Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim berjumlah RM175,000 sebulan disifatkan wajar dan sejajar dengan pengalamannya.
NFDP mahu sokongan kerajaan kepada pembangunan bakat muda diteruskan
Kecemerlangan skuad AMD dalam jelajah Eropah membuktikan kita ada kualiti dan potensi untuk jadi pasukan disegani dunia di masa hadapan.