awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan masjid di Nigeria ragut tujuh nyawa
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun Twitter Syed Saddiq 'diserang' netizen Indonesia

Sinar Harian
Sinar Harian
28/08/2018
09:02 MYT
Akaun Twitter Syed Saddiq 'diserang' netizen Indonesia
Antara maklum balas netizen dari negara Indonesia di Twitter Syed Saddiq. -Foto Sinar Harian
"Kasian ia negara anda tidak SPORTIF tidak menerima kekalahan yang lebih memalukan lagi merusak FASILITAS tuan rumah dan dibicarakan negara se-Asia sungguh MEMALUKAN!"
Itu luahan pelayar twitter bernama Arlan05 di ruang Twitter milik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman setelah 'diserang' pelayar dari Indonesia merujuk rakaman video pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari yang ditenangkan Menteri Belia dan Sukan selepas kecewa dengan aksi akhir dalam Kelas E (65kg-70kg) pada Sukan Asia, Isnin.
Pesilat harapan emas negara ini terpaksa akur merangkul pingat perak selepas tewas kepada pesilat tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, 1-4.
Bagi netizen, Nurul H.Izeddin turut meluahkan rasa kecewa kerana negara Indonesia dituduh tidak berlaku adil dalam perlawanan tersebut.
"Kesel aku tuh. sorry not sorry yah Malaysian, mental kami memang mental juara. kalo memang kami mau curang mah nama negara kami sudah di urutan pertama! nggak, kalian gak sespesial itu kok sampe kami curi medali dari kalian yang memang kurang medali," katanya.
Selain itu, Fajri turut meminta netizen dari Malaysia menunjukkan bukti terhadap dakwaan tersebut.
"Ada bukti sahih kalo kami bermain tidak fair? Jika kualitas itu baik maka hasilnya akan baik. Lihat contoh Lee Chong Wei ia hebat, dan ia menang.
"Kami mengakui bahwa ia lebih baik dari tunggal Indonesia saat ini. Udahlah kebencian merasuk otak dan hati tak baik haha," katanya.
Dalam pada itu, rakaman video tersebut dalam menerima 14,000 tontonan termasuk maklumbalas dari netizen dalam dan luar negara.
BACA: Saya tewas kerana ketidakadilan - Al Jufferi BACA: 'Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi' - Syed Saddiq BACA: Kalau terus begini, sukan silat tidak akan ke mana - Pesaka BACA: Al-Jufferi sedia hadapi sebarang hukuman BACA: Wajarkah tindakan pesilat negara menarik diri?
Topic Berkaitan
#Komang Harik Adi Putra
#Menteri Belia dan Sukan
#Mohd Al Jufferi Jamari
#netizen
#pesilat
#Sukan Asia 2018
#Syed Saddiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan