awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akinfeev tamatkan penantian selama 48 tahun untuk Rusia mara ke suku akhir

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
01/07/2018
19:43 MYT
Akinfeev tamatkan penantian selama 48 tahun untuk Rusia mara ke suku akhir
Igor Akinfeev muncul wira pasukan Rusia dengan menghalang dua sepakan penalti Sepanyol. - Gambar AP Photo/Victor R. Caivano
Tuan rumah, Rusia mencipta kejutan dengan menewaskan juara 2010, Sepanyol 4-3 menerusi sepakan penalti selepas perlawanan tamat 1-1 di Stadium Luzhniki, Moscow.
Penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev muncul wira pasukannya selepas menyelamatkan dua penalti untuk membawa pasukannya mara ke suku akhir buat kali pertama dalam tempoh 48 tahun.
Sepanyol yang menguasai sepenuhnya perlawanan sepanjang 120 minit gagal mencari jalan untuk menembusi pertahanan Rusia yang penuh disiplin.
Gol yang diperoleh Sepanyol pada minit ke-11 adalah hasil jaringan sendiri pemain Rusia, Sergei Ignashevich apabila hantaran sepakan percuma Marco Asensio terkena kakinya, ketika mengawal pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos.
Rusia kemudian mendapat gol penyamaan menerusi sepakan penalti, apabila Gerard Pique dipersalah menghalang tandukan Artem Dzyuba dengan tangannya, lima minit sebelum babak pertama tamat.
Permainan hanya rancak selepas Andres Iniesta dimasukkan selepas sejam perlawanan berlangsung bagi menggantikan David Silva, namun Sepanyol gagal menemui penyudah sehingga tamat masa tambahan.
Dalam penentuan sepakan penalti, Akinfeev menyelamatkan sepakan Koke dan Aspas, untuk memberi kemenangan kepada tuan rumah.
Tonton: Sepanyol 1-1 Rusia (penalti 3-4)
Topic Berkaitan
#Artem Dzyuba
#Awani FIFA
#Gerard Pique
#Iago Aspas
#Igor Akinfeev
#Koke
#Marco Asensio
#Piala Dunia 2018
#Raya Bola 2018
#Rusia
#sepanyol
#Sergei Ignashevich
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan