Kontinjen Malaysia meneruskan aksi hambar pada hari kelima Sukan SEA ke-30 di Filipina, setelah sekadar menambah dua pingat emas, masing-masing menerusi acara pencak silat dan petanque, pada Khamis.
Sumbangan dua emas berkenaan, selain tambahan lima perak dan dua gangsa menyaksikan Malaysia turun dua anak tangga ke kedudukan kelima, dengan kutipan pingat keseluruhan 23 emas, 16 perak dan 24 gangsa.
Lima perak berkenaan diperolehi dalam acara petanque (triples wanita), lawan pedang (Epee individu lelaki), tenping boling (beregu campuran), judo (66kg lelaki) dan acara sambo 90kg lelaki, manakala dua gangsa diraih menerusi acara pencak silat (kelas Putera B 40-45kg) serta acara renang (200m kuak dada wanita).
Dengan berbaki enam hari sebelum upacara penutupan, Filipina hampir pasti dinobatkan juara keseluruhan buat kali kedua di laman sendiri, selepas edisi 2005 dengan kutipan 63 emas, 45 perak dan 34 gangsa.
Vietnam juara keseluruhan edisi 2003 di laman sendiri, kekal di tangga kedua dengan kutipan pingat keseluruhan 31 emas, 35 perak dan 41 gangsa, manakala Indonesia naik dua anak tangga ke kedudukan ketiga setelah mengutip 27 emas, 36 perak dan 39 gangsa.
Pada aksi semalam, skuad pencak silat negara menghadiahkan kilauan pingat emas pertama, menerusi pesilat kebangsaan, Zulfakar Zulfazly yang berjaya mengatasi pesilat Indonesia, Hanifan Yudani Kusumah menerusi keputusan 3-2, dalam kelas Putera D (60-65kg) di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic.
Emas kedua hadir dalam suasana yang berbeza setelah trio petanque lelaki yang dibarisi Muhammad Hafizuddin Mat Daud, Syed Akmal Fikri Syed Ali dan Saiful Bahri Musmin, diheret bertarung hampir tiga jam, sebelum menumbangkan juara bertahan, Thailand menerusi keputusan dramatik 13-11 pada aksi final triples lelaki di CDC Lot, yang terletak bertentangan Royce Hotel and Casino, Clark.
Kontinjen Malaysia akan meneruskan pemburuan emas pada hari keenam, hari ini dalam beberapa acara, antaranya terjun, renang, marathon, berbasikal, pentathlon, muay thai dan petanque.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 05 2019

Atlet petanque negara (dari kiri) Syed Akmal, Saiful Bahri, Muhammad Hafizuddin dan Mohd Safi menunjukkan pingat emas yang dimenangi selepas menentang Thailand di New Clark City, 5 Dis, 2019. --fotoBERNAMA

Penduduk resah babi hutan terus ceroboh tanah perkuburan
Ancaman babi hutan yang merosakkan tanah perkuburan semakin menjadi-jadi di kawasan Kuala Kurau di sini dengan insiden terbaharu menyebabkan 10 batu nisan tumbang.

Wanita UMNO konsisten sokong pendirian parti, fokus bantu rakyat
Pergerakan Wanita UMNO terus konsisten menyokong pendirian parti termasuk kehendak presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti itu fokus memberi bantuan kepada rakyat yang terkes

The Rock, dulu dibuli kini selebriti
Bret Hart (penggusti dalam WWF) pernah menceritakan dua peggusti legenda, Triple H dan Shawn Michaels pernah membuli Johnson ketika dia baru sahaja menjadi penggusti.

Perubahan iklim: Akibat Trump, kita rugi tiga tahun - John Kerry
Wakil Hal Ehwal Iklim Amerika Syarikat, John Kerry berkata dunia kerugian tiga tahun dalam perjuangan membendung perubahan iklim, akibat dasar pentadbiran bekas Presiden, Donald Trump. Kerry kini menggesa negara di serata dunia untuk bekerja lebih keras untuk mengurangkan pelepasan gas berbahaya ke Atmosfera.

Letupan lombong emas | Mangsa pertama berjaya diselamatkan
Mangsa pertama letupan lombong emas di bandar Qixia, Shandong, China berjaya dikeluarkan oleh pasukan menyelamat pada pagi Ahad. Pekerja lombong itu disahkan masih hidup, namun keadaannya dilaporkan lemah.

PdPR | Pelajar luar bandar bimbang tercicir
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) menumpukan kembali perhatian kepada jurang digital yang wujud antara komuniti bandar dan luar bandar. Walaupun cara pengajaran norma baharu ini membantu pelajar meneruskan pembelajaran ketika PKP, bagi pelajar yang tidak memiliki peranti atau sambungan internet, mereka akan keciciran.

Tidak patuh SOP | 15 penjaja diarah tutup kedai
Seramai 15 penjaja di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang diarahkan berhenti berniaga bermula esok. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ini selepas mereka melakukan beberapa kesalahan, termasuk tidak mematuhi SOP PKP.

PKP 2.0 | Terima aduan lepak kedai kopi di kampung
Polis Kelantan mula melakukan pemantauan di kawasan kampung dan pinggir bandar bagi memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan. Ini berikutan terdapat laporan mendakwa kedai kopi dan kedai makan dalam kawasan kampung membenarkan orang ramai makan dan lepak di premis mereka.

PKP penuh | Jangan ambil keputusan hanya lihat faktor COVID-19
Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso), Prof Madya Yusof Saari berkata, sebaliknya, amalan kehidupan normal baharu khususnya membiasakan diri dengan virus itu perlu diterapkan dalam masyarakat.

Tutup ekonomi: Lebih ramai 'mati' akibat kemiskinan berbanding COVID-19 - CME
Bukti saintifik juga menunjukkan penutupan ekonomi tidak efektif dalam mencegah penularan COVID-19.

Aksi hambar kontinjen Malaysia berterusan pada hari kelima Sukan SEA
Malaysia turun dua anak tangga ke kedudukan kelima, dengan kutipan pingat keseluruhan 23 emas, 16 perak dan 24 gangsa.