awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi hoki Piala Dunia Malaysia-Sepanyol ditayang di dua skrin besar

Bernama
Bernama
22/01/2023
03:10 MYT
Aksi hoki Piala Dunia Malaysia-Sepanyol ditayang di dua skrin besar
Dua lokasi berkenaan ialah Dataran Merdeka di sini dan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. - Foto Twitter/Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Peminat sukan hoki negara berpeluang untuk menyaksikan aksi skuad The Speedy Tigers menentang pasukan Sepanyol dalam pusingan Crossover Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 yang akan ditayangkan di dua lokasi skrin besar pada 6.45 petang ini.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata dua lokasi berkenaan ialah Dataran Merdeka di sini dan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
"Yang tak balik kampung, dua lokasi skrin besar disediakan untuk saksikan pasukan Hokita bermain dalam Hoki Piala Dunia 2023.
"Untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baharu Cina di Dataran Merdeka. Jom!," kata Yeoh menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya hari ini.
Beliau turut menyeru orang ramai untuk turun beramai-ramai memeriahkan program tersebut sebagai tanda sokongan kepada skuad hoki negara.
HANNAH-SKRIN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Skuad kendalian A. Arul Selvaraj itu sebelum ini mempamerkan aksi cemerlang dengan membenam New Zealand 3-2 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar dalam aksi terakhir Kumpulan C.
Ia merupakan kemenangan kedua Malaysia dalam saingan itu selepas menewaskan Chile, 3-2 sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.
Secara keseluruhan, Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dimenangi pasukan lawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#Piala Dunia
#skrin besar
#Speedy Tigers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan