awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2025
05:30 MYT
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Penamatan kontrak itu menandakan berakhirnya episod karier Neymar di Al-Hilal yang kurang memuaskan selepas dia dibelenggu kecederaan.- Gambar fail/Stadium Astro
MASA depan Neymar di Arab Saudi bersama Al-Hilal telah berakhir selepas kelab itu bersetuju untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.
Penamatan kontrak itu menandakan berakhirnya episod karier Neymar di Al-Hilal yang kurang memuaskan selepas pemain itu dibelenggu siri kecederaan.
Namun, Neymar tidak meninggalkan kelab itu dengan tangan kosong apabila dilaporkan Al-Hilal perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro (RM175 juta) kepada pemain itu.
Ia selepas kontrak Neymar masih berbaki enam bulan dengan nilai kontrak sebanyak 86 juta euro (RM394 juta).
Pihak Neymar dan kelab mengadakan mesyuarat akhir pada 27 Januari untuk menyelesaikan perkara itu dan akhirnya, Al-Hilal bersetuju dengan syarat Neymar, memahami bahawa pemain itu berkemungkinan memainkan peranan penting sebagai salah seorang duta untuk Piala Dunia FIFA 2034 di Arab Saudi.
Malah, kelab itu juga memutuskan untuk membayar Neymar sekitar RM175 juta sebagai sebahagian daripada penamatan kontraknya.
Neymar menyertai Al Hilal daripada PSG pada Ogos 2023 dan sepanjang 18 bulan di kelab itu, dia hanya bermain tujuh kali kerana dibayangi masalah kecederaan.
Namun, dia tetap menerima gaji yang dibayar sebanyak 131 juta euro sepanjang tempoh dia bersama kelab itu dengan purata menerima 25.47 juta euro (RM116.7 juta) untuk satu perlawanan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Neymar
#Al-Hilal
#bintang Brazil
#kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan