awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al-Ittihad tak putus asa buru Salah

Sinar Harian
Sinar Harian
29/08/2023
03:40 MYT
Al-Ittihad tak putus asa buru Salah
Al-Ittihad tidak berputus asa untuk mendapatkan khidmat Mohamed Salah biarpun Liverpool berkeras enggan menjual pemain sensasi itu. - Gambar fail AP
AL-ITTIHAD tidak berputus asa untuk mendapatkan khidmat Mohamed Salah biarpun Liverpool berkeras enggan menjual pemain sensasi itu.
Malah kelab Arab Saudi tersebut bersedia untuk mengeluarkan belanja besar mencecah 175 juta pound (RM1.03 bilion) bagi melamar pemain Mesir itu.
Bagaimanapun jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp tidak mahu kehilangan Salah kerana tidak mempunyai tempoh yang cukup untuk mencari pengganti.
The Reds ketika ini masih berusaha untuk memperkuatkan barisan tengah dan tidak mampu kehilangan seorang lagi watak utama mereka.
“Tidak ada apa yang perlu diperkatakan, kami tidak menerima sebarang tawaran.
“Mo (Salah) adalah pemain Liverpool dan penting dalam perancangan kami. Jika ada tawaran, jawapannya adalah tidak," kata Klopp.
Ketika jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan ditutup pada Jumaat, kelab-kelab Arab Saudi pula mempunyai masa sehingga 20 September bagi mengendalikan urusan mereka.
Jadi masih ada peluang buat Salah untuk membuat keputusan selepas Jumaat ini, tetapi Liverpool tidak akan dapat mencari pengganti sehingga jendela perpindahan Januari 2024. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#Al-Ittihad
#Liverpool
#jurgen klopp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan