awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

All England: Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua, Yey SIn-Ee Yi tersingkir awal

Bernama
Bernama
12/03/2024
15:51 MYT
All England: Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua, Yey SIn-Ee Yi tersingkir awal
Pilihan kelima kejohanan itu mengambil masa 33 minit sebelum menewaskan Sze Fei-Nur Izzuddin 21-17, 21-19 dalam perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen di kejohanan All England 2024 dengan langkah kanan apabila mengetepikan cabaran rakan senegara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada perlawanan pembukaan di Birmingham, hari ini.
Pilihan kelima kejohanan itu mengambil masa 33 minit sebelum menewaskan Sze Fei-Nur Izzuddin 21-17, 21-19 dalam perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena.
Juara dunia 2022 itu akan berdepan gandingan Taiwan, Chang Ko-Chi-Po Li-Wei yang menewaskan Kevin Lee-Ty Alexander Lindeman dari Kanada 21-14, 21-10.
Satu lagi beregu lelaki negara yang merupakan pasangan profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, gagal mengikuti jejak rakannya apabila terkandas di pusingan pertama selepas tunduk kepada wakil China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-15, 21-23, 14-21.
Topic Berkaitan
#rakan senegara
#All England 2024
#perlawanan pembukaan
#pusingan pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan