awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

All England: Kean Yew mangsa Zii Jia di pusingan kedua

Bernama
Bernama
14/03/2024
14:14 MYT
All England: Kean Yew mangsa Zii Jia di pusingan kedua
Zii Jia yang menghuni ranking dunia ke-10 mempamerkan permainan positif untuk menewaskan juara dunia 2021 itu dalam tempoh 33 minit sekali gus menempah slot ke pusingan suku akhir. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan momentum kemenangan dalam kempen Kejohanan All England selepas menumbangkan bekas juara dunia dari Singapura Loh Kean Yew di pusingan kedua hari ini.
Pada pertembungan di Utilita Arena, Brimingham itu, Zii Jia yang menghuni ranking dunia ke-10 mempamerkan permainan positif untuk menewaskan juara dunia 2021 itu 21-15, 21-12 dalam tempoh 33 minit sekali gus menempah slot ke pusingan suku akhir.
Ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut dalam keseluruhan enam kemenangan yang diraih Zii Jia ke atas pemain nombor 11 dunia itu dalam lapan pertemuan terakhir.
Di pentas suku akhir esok, menanti Zii Jia yang pernah menjuarai All England pada 2021 adalah antara pemain India Lakshya Sen dan pilihan keempat dari Denmark Anders Antonsen.
Semalam, Zii Jia melakar kejutan ke atas pemain ranking keenam dunia dari Jepun Kodai Naraoka di pusingan pertama selepas merakam kemenangan 21-12, 21-19.
Edisi lepas menyaksikan pemain negara berusia 25 tahun itu terkandas di pusingan separuh akhir selepas tewas 19-21, 13-21 kepada pemain China Shi Yuqi.
Dalam pada itu, nasib berbeza menimpa dua pasangan beregu campuran negara yang ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua.
Gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewas 17-21, 11-21 dalam tempoh 40 minit kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.
Sementara pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dikecewakan gandingan Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda 21-17, 19-21, 16-21 dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga 58 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#all england
#beregu campuran
#Separuh Akhir
#pemain negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan