awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

All England: Wei Chong-Kai Wun tersingkir awal

Bernama
Bernama
13/03/2025
01:00 MYT
All England: Wei Chong-Kai Wun tersingkir awal
Man Wei Chong-Tee Kai Wun tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-15, 21-8 dalam perlawanan berlangsung selama 32 minit. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada wakil beregu lelaki daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mara ke pusingan kedua Seluruh England, selepas Man Wei Chong-Tee Kai Wun tersingkir di pusingan pertama awal pagi tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, pasangan yang berada di ranking ketujuh itu tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-15, 21-8 dalam perlawanan berlangsung selama 32 minit.
Sebelum ini, pada pusingan pertama kejohanan Seluruh England menyaksikan empat pasangan negara masing-masing dua daripada BAM ( Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King) dan dua gandingan profesional (Ong Yew Sin-Teo Ee Yii, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong) ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama, selepas tewas kepada lawan masing-masing.
Ketika ini Malaysia hanya mempunyai satu wakil sahaja beregu lelaki pada kejohanan berprestij yang akan turun di pusingan kedua iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, yang akan bertemu wakil Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae, bagi memburu tiket ke suku akhir.
Selain Sze Fei-Nur Izzuddin, Malaysia turut mempunyai dua wakil yang akan beraksi di pusingan kedua masing-masing dalam acara beregu wanita menerusi Pearly Tan-M Thinaah dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.
Pearly-Thinaah dijadual bertemu dari Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia, manakala Soon Huat-Shevon akan turun menentang wakil Scotland, Alexander Dunn-Julie Macpherson.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#all england
#badminton
#Man Wei Chong
#Tee Kai Wun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan