Skuad olahraga negara membuka kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan pencapaian sederhana setelah sekadar mengutip dua pingat perak dan satu gangsa pada hari pertama pertandingan di Stadium Olahraga New Clark City, di sini, pada Sabtu.
Atlet kelahiran Sabah, Andre Anura Anuar, bagaimanapun, mencuri tumpuan setelah memecahkan rekod lompat jauh kebangsaan selama 12 tahun milik Josbert Tinus dengan lompatan 8.02 meter (m) untuk meraih pingat perak.
Catatan berkenaan, sekali gus menyaksikan Anura memadam rekod terdahulu iaitu 7.88m dengan jarak dilakar Josbert pada Kejohanan Terbuka Thailand cdi Bangkok pada Oktober 2007.
"Saya tidak sangka buat lompatan melebihi 8 meter kerana sasaran saya hanya lakukan yang terbaik, dan saya bersyukur dapat pecahkan rekod kebangsaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya acara berkenaan.
Anura melakar catatan peribadi terbaik 7.90m yang dilakukannya pada Kejohanan Terbuka Berwang di Kota Kinabalu pada 2 Nov lalu, namun tidak disahkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kerana beliau mendapat bantuan angin melebihi 2.0 meter per saat.
Pingat emas acara berkenaan dimenangi oleh atlet Indonesia, Sapwaturrahman yang mencipta rekod baharu Sukan SEA iaitu 8.03m dan berjaya memadam rekod terdahulu dicipta atlet Filipina, Henry Dagmil pada edisi 2007 di Korat, Thailand.
Atlet Thailand, Suttisak Singkhon meraih gangsa dalam acara berkenaan dengan lompatan sejauh 7.89m.
Dalam pada itu, pemegang rekod kebangsaan acara lompat bergalah lelaki, Iskandar Alwi sekadar mencatat ketinggian 5.0m untuk meraih pingat gangsa dalam acara berkenaan.
Wakil tuan rumah, Ernest John Obiena memenangi acara berkenaan setelah mencatat rekod baharu Sukan SEA iaitu 5.45m, sekaligus memadam rekod terdahulu, iaitu 5.35m yang dilakar atlet Thailand, Porranot Purahong pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Purahong terpaksa berpuas hati dengan kutipan perak setelah mencatat lompatan setinggi 5.20m.
Pelari kelahiran Australia, Russell Alexander Nasir Taib pula menghadiahkan pingat gangsa untuk Malaysia dalam acara 200m setelah mencatat masa 21.11 saat (s).
Dua atlet Thailand, Chayut Khongprasit dan Siripol Punpa meraih dua kedudukan teratas selepas masing-masing melakar catatan masa 20.71s dan 20.78s.
Pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi, Jackie Wong Siew Cheer pula meraih pingat perak menerusi balingan sejauh 63.83m manakala rakan sepasukan, Sadat Marzuki Ajisan menduduki tangga keempat dari tujuh peserta dengan balingan 57.35m.
Atlet Thailand, Kittipong Boonmawan mencipta rekod baharu Sukan SEA menerusi balingan sejauh 67.56m, sekali gus memadam rekod terdahulu, 65.90m dicipta Wong pada 2017.
Atler Myanmar, Aung Ye Htet meraih gangsa dengan balingan sejauh 58.88m
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 07 2019
Andre mencatat rekod lompat jauh kebangsaan yang baharu dengan lompatan 8.02 meter. - Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Andre Anura lebur rekod kebangsaan berusia 12 tahun
Atlet kelahiran Sabah itu mencuri tumpuan setelah memecahkan rekod lompat jauh kebangsaan dengan lompatan 8.02 meter.