awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Andre Onana sertai Manchester United

Bernama
Bernama
21/07/2023
04:10 MYT
Andre Onana sertai Manchester United
Onana memenangi tiga gelaran Eredivisie dan dua Piala Belanda KNVB bersama Ajax sebelum menyertai Inter Milan pada 2022. - Foto Astro ARENA
ISTANBUL (Turkiye): Andre Onana menyertai Manchester United dari Inter Milan dengan kontrak sehingga Jun 2028 dan pilihan lanjutan setahun lagi, kelab Inggeris itu mengesahkan pada Khamis.
"Untuk menyertai Manchester United adalah satu penghormatan luar biasa dan saya telah bekerja keras sepanjang hidup saya untuk sampai ke saat ini mengatasi banyak halangan sepanjang perjalanan.
"Ini adalah permulaan perjalanan baharu bagi saya dengan rakan sepasukan baharu dan cita-cita baharu untuk diperjuangkan," kata Onana dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.
Pengarah bola sepak Manchester United, John Murtough dalam pada itu memuji Onana, berkata: "Beliau sudah pun menjadi seorang daripada penjaga gol terbaik dunia dan pada usia 27 tahun kami yakin beliau boleh berkembang lebih jauh pada tahun-tahun mendatang."
Onana memenangi tiga gelaran Eredivisie dan dua Piala Belanda KNVB bersama Ajax sebelum menyertai Inter Milan pada 2022.
Musim lalu, penjaga gol Cameroon itu membantu Inter merangkul Coppa Italia dan mencatat rekod 'clean sheet' terbanyak dalam Liga Juara-Juara UEFA.
Pemain berusia 27 tahun itu mempunyai 34 penampilan antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Cameroon.
Sementara itu, butiran kewangan mengenai kontrak Onana tidak didedahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Manchester United
#inter milan
#Andre Onana
#perpindahan pemain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan