awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota skuad Piala Dunia England 1966, George Eastham meninggal dunia

Bernama
Bernama
21/12/2024
21:00 MYT
Anggota skuad Piala Dunia England 1966, George Eastham meninggal dunia
George Eastham ketika hadir pada satu sesi perlawanan kelayakan Piala Dunia pada 2009. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: George Eastham, anggota skuad England yang memenangi Piala Dunia 1966 meninggal dunia pada usia 88 tahun, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Eastham tidak bermain dalam kejayaan England pada 1966 di tanah air, tetapi pemain sayap itu merupakan sebahagian daripada skuad bimbingan Sir Alf Ramsey yang menjulang Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah England.
Eastham yang dilahirkan di Blackpool menghabiskan sebahagian besar kariernya di Newcastle, Arsenal dan Stoke.
Penglibatan Eastham dalam kes mahkamah pada 1963 yang meningkatkan kebebasan pemain untuk berpindah antara kelab akhirnya mereformasi pasaran perpindahan bola sepak Britain.
"Keluarga Stoke City Football Club amat sedih dengan pemergian legenda kelab George Eastham OBE," menurut kenyataan bekas kelabnya di laman sesawang rasmi mereka.
Menurut kelab itu, George telah ditandatangani oleh Potters dengan bayaran GBP35,000 sejurus selepas menjadi sebahagian daripada skuad England yang memenangi Piala Dunia 1966.
"Dia seterusnya mewakili kelab selama lapan musim di bahagian teratas permainan Inggeris dan dua kali separuh akhir Piala FA dalam warna merah dan putih.
"The Potters akan memakai lilitan hitam dalam perlawanan menentang Sheffield Wednesday (pada Sabtu) sebagai tanda penghormatan.
"Ucapan takziah kami buat keluarga dan rakan-rakan George dalam waktu sukar ini," menurut kenyataan Stoke City Football Club.
Selepas bermain untuk Ards di Ireland Utara, Eastham membuat 124 dan 207 penampilan liga masing-masing untuk Newcastle dan Arsenal sebelum berpindah ke Stoke.
Eastham membuat 194 penampilan liga untuk Stoke dan dianugerahkan OBE atas sumbangannya kepada bola sepak sejurus sebelum bersara pada 1974.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia England 1966
#George Eastham
#bola sepak
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan