Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Feiran Technology perkasa industri Malaysia dengan teknologi kejuruteraan digital

FEIRAN TECH_FEIRAN TECHNOLOGY
Ketua Pegawai Eksekutif NAICO Malaysia, Ir. Ts. Dr. Shamsul Kamar Abu Samah (kiri), menyampaikan plak penghargaan kepada Pengarah Urusan Feiran Technology, Shabudin Md Saman (kanan), sempena Majlis Perasmian MyAERO Summit 2026.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi tempatan Feiran Technology terus memainkan peranan penting dalam memacu transformasi digital industri Malaysia, selaras dengan dasar pembangunan negara.

Pengarah Urusannya, Shabudin Md Saman berkata, syarikat itu yang ditubuhkan pada Februari 2004 kini memasuki lebih dua dekad operasi dengan fokus membawa teknologi kejuruteraan bertaraf dunia ke dalam industri tempatan.

"Feiran menyediakan platform kejuruteraan daripada Dassault Systemes, yang merangkumi CATIA untuk reka bentuk 3D, DELMIA bagi perancangan pengeluaran, SIMULIA untuk simulasi serta 3DEXPERIENCE yang mengintegrasikan keseluruhan proses dalam satu ekosistem digital," katanya dalam AWANI Pagi, pada Khamis.

Selain itu, syarikat berkenaan turut membangunkan produk proprietari sendiri seperti Turnaround Management System bagi membantu sektor tenaga dan pemprosesan meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan.

Shabudin menjelaskan bahawa Feiran bukan sekadar pembekal perisian, sebaliknya bertindak sebagai rakan strategik kepada industri melalui perkhidmatan menyeluruh termasuk latihan, sokongan teknikal, dan perundingan jangka panjang.
 

Image
FEIRAN TECH_FEIRAN TECHNOLOGY
Barisan kakitangan Feiran Technology bergambar di ruang pameran sempena MyAERO Summit 2026 yang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Feiran Technolony juga diiktiraf sebagai Rakan Kongsi Platinum Dassault Systemes, sekali gus menjadikannya satu-satunya syarikat di Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan syarikat itu, Muhammad Ammar Hafiz Shabudin berkata, sumbangan Feiran melangkaui aspek teknologi dengan memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan indusri negara secara menyeluruh.

Menurut beliau, usaha tersebut selari dengan Malaysia Aerospace Industry Bluepritn (MAIB) 2030, yang menyasarkan negara menjadi hab aeroangkasa utama di Asia Tenggara dengan nilai industri RM55.2 billion serta penciptaan lebih 30,000 pekerjaan berkemahiran tinggi.

"Feiran menyokong agenda tersebut melalui beberapa inisiatif termasuk pembangunan makmal visualisasi 3D di MyAero Centre of Excellence, pelaksanaan sistem digital aeroangkasa Malaysia, serta pusat latihan industri bertaraf antarabangsa," katanya.

Beliau berkata pendigitalan rantain bekalan bukan lagi pilihan, sebaliknya menjadi keperluan utama bagi membolehkan industri mencapai sasaran strategik negara.

Dalam masa sama, peranan syarikat itu turut seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), yang menekankan pembangunan sektor bernilai tinggi seperti aeroangkasa dan teknologi canggih, termasuk sistem pesawat tanpa pemandu.

Muhammad Ammar menegaskan Feiran komited memastikan industri tempatan memilik kemahiran, sistem, dan teknologi yang diperlukan untuk merealisasikan visi pembangunan negara.

Must Watch Video

Advertisement