SUBANG JAYA: Semua penganjur sukan permotoran di negara ini digesa mengutamakan aspek keselamatan dengan mendapatkan kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), sebelum menganjurkan sesuatu acara bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ia selaras dengan Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576), yang memperuntukkan syarikat hendaklah memohon lesen untuk beroperasi daripada Pejabat PJS dalam tempoh 30 hari bagi acara tempatan dan 90 hari untuk acara antarabangsa, sebelum tarikh penganjuran program itu.
Selain, litar lumba yang digunakan perlulah diaudit serta disahkan selamat oleh MAM selaku badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang diiktiraf oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa.
"Sukan permotoran merupakan sukan yang mempunyai ramai peminat dan sering mendapat perhatian rakyat Malaysia khususnya golongan belia. Jadi, orang ramai yang berminat menyertai sukan permotoran, perlu memastikan penganjur mempunyai lesen dan litar lumba yang digunakan berada dalam senarai MAM.
"Kementerian akan bekerjasama dengan polis untuk memastikan penganjur mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan perundangan boleh dikenakan, sekiranya gagal mematuhi atau berlaku cuai sebelum, semasa dan selepas penganjuran," katanya pada sidang media Penganjuran Acara Sukan Bermotor di Malaysia, yang diadakan di Speedway PLUS Karting Circuit, hari ini.
Sementara itu, Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof berkata syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, sekiranya gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997 dan boleh disenarai hitam jika melakukan kesalahan secara berulang kali.
Sementara itu, Presiden MAM Tan Sri Mokhzani Mahathir memaklumkan, setakat ini hanya 15 daripada 22 litar lumba telah mendapat kelulusan keselamatan daripada MAM, untuk menganjurkan perlumbaan.
Litar lumba yang sudah mendapat penyelian penganjuran perlumbaan tahunan ialah Litar Antarabangsa Sepang; Sepang Kart Circuit Circuit dan City Karting Shah Alam Kart Circuit di Selangor, serta Morac Adventure Track (Kart Circuit) Langkawi, Kedah.
Sementara itu, litar lumba yang mendapat kelulusan perlumbaan melalui acara pula adalah Speedway Plus Circuit; Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor; Alyezo SpeedZone di Selangor; Tangkak Racing Track, Johor; Litar Pemotoran Antarabangsa Melaka, Melaka.
Turut tersenarai Litar Lumba UNIMAP Changlun, Perlis; Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia, Kedah; Litar Permotoran Terengganu Gong Badak, Terengganu; Miri Track Permyjaya di Sarawak, APDCREW Circuit MAEPS, di Selangor serta Litar Drag Jempol, Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melawat pameran sukan permotoran ketika hadir sidang media mengenai penganjuran acara sukan bermotor Malaysia di Speedway Plus Karting Circuit hari ini.- BERNAMA

Abby Abadi ditipu 'scammer', rugi RM18,500
Abby Abadi berputih mata apabila wang RM18,500 lesap begitu sahaja selepas ditipu skim pelaburan atas talian.

Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN
Identiti individu yang digelar sebagai 'Mr H' tidak akan didedahkan.
Polis tak buat SJR di selekoh, selepas bukit
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota ketika menjalankan SJR.
Tiada caruman PERKESO, KSM akan ambil tindakan kepada majikan
: Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, pihaknya menerusi PERKESO akan mengambil tindakan perundangan terhadap majikan yang bertanggungjawab menggaji pekerja asing tersebut.
[TERKINI] Malaysia amat bimbang hasrat Israel tubuh secara sepihak 'zon selamat'
Malaysia menolak pemindahan rakyat Palestin secara paksa yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

MAHB dijangka raih hasil lebih kukuh susulan pembukaan semula ruangan runcit KLIA
Perjanjian kemasukan tanpa visa antara China dan Malaysia mulai 1 Disember 2023 juga satu rangsangan positif.
Dasar Gaji Progresif bukan acuan mana-mana negara - Rafizi
"Kalau pun ada acuan yang sama ialah perkara ini tidak boleh diserahkan kepada pasaran untuk diperbetulkan. Ia memerlukan campur tangan kerajaan melalui dasar dan insentif," jelas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Prabowo Subianto berlepas ke Malaysia untuk bertemu Anwar
Prabowo dijadualkan pulang ke Jakarta lewat Khamis tanpa memberikan butiran lanjut mengenai tujuan lawatan itu.

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu mulai esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mulai esok hingga Ahad ini.

Penduduk kampung di Gua Musang dakwa dengar ngauman harimau
Penduduk di Kampung Batu Papan yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari pusat bandar mendakwa mendengar ngauman harimau pada Selasa.

KBS sedia bincang garis panduan pakaian patuh syariah Sukma 2028
KBS sedia berbincang dengan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukan Malaysia (Sukma) 2028.

Menteri jamin kualiti rumput venue final Piala Malaysia
Hannah tidak bimbang walaupun wujud gambar tular yang dikatakan mencerminkan keadaan rumput yang rosak selepas konsert Coldplay.

Pearly-Thinaah mampu tangani jika ada perselisihan - Hannah
Hannah berkata, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu pastinya mampu mengatasi sebarang cabaran.

Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.

MOM desak menteri campur tangan
MOM mendesak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk campur tangan dan menangani isu melibatkan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias.

Pesuruhjaya Sukan ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah
Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.

Perkara ini tidak boleh nak paksa, Hannah akur keputusan Zii Jia
"Saya tidak boleh memaksa atlet yang tidak mahu menerima Program RTG, ia terpulang kepada atlet untuk menerima atau sebaliknya."

Belia 'orang penting' dalam pembuatan dasar kerajaan - Hannah Yeoh
Belia di Malaysia kini lebih berani melibatkan diri dan menjadi "orang penting" dalam pembuatan dasar kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Pergaduhan Liga Suparimau, Hannah beri amaran tindakan tegas
Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan semasa perlawanan Liga Suparimau.

Battleground Malaysia: Road To Gold platform cungkil bakat sukan tarian - Hannah
Katanya, inisiatif bersama dilaksanakan kementerian menerusi Battleground Malaysia: Road To Gold menampilkan bakat muda berpotensi.