awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anuar bergantung kepada strategi pasukan di LTdL

Bernama
Bernama
26/02/2013
13:00 MYT
Anuar bergantung kepada strategi pasukan di LTdL
Pelumba pecut negara, Anuar Manan akan terus berusaha untuk mencapai kemenangan dalam baki empat peringkat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini.
"Semua laluan berbukit yang sukar telah selesai, kini peluang kepada jaguh pecut seperti saya untuk mencari peluang.
"Saya rasa pasukan saya akan buat strategi untuk memastikan saya dapat terus mengutip mata di semua zon pecutan. Dalam masa yang sama saya juga masih berazam untuk meraih kemenangan peringkat," kata pelumba pasukan Synergy-Baku Cycling Project itu.
Selepas menamatkan saingan peringkat keenam hari ini dari Mentakab ke Kuantan sejauh 217.50km itu, Anuar berjaya menamatkan saingan di tempat ke-10.
Kejayaan itu membolehkan beliau menambah enam mata dan mendapat tiga mata bonus. Anuar turut mengutip lima mata pada zon pecutan pertama di Jerantut, Pahang.
Beliau kini berada 14 mata di belakang pendahulu kategori pecutan, Andrea Guardini daripada pasukan Astana Pro Team yang setakat ini mengumpul 57 mata selepas enam peringkat perlumbaan.
Guardini adalah pemenang jersi biru dua tahun berturut-turut pada 2011 dan 2012.
Topic Berkaitan
#Anuar Manan
#basikal
#Le Tour de Langkawi
#perlumbaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan