awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Puskas: Ayuh rakyat Malaysia, viralkan undian untuk Faiz Subri - Khairy

Bernama
Bernama
24/11/2016
13:19 MYT
Anugerah Puskas: Ayuh rakyat Malaysia, viralkan undian untuk Faiz Subri - Khairy
Menurut Khairy, rakyat Malaysia selalunya sangat cepat viralkan sesuatu terutama kecaman, menghentam seseorang dan benda yang tidak sepatutnya. - Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta rakyat negara ini mengundi gol cantik Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam Anugerah Puskas FIFA 2016 iaitu anugerah khas untuk jaringan tercantik.
Peluang Faiz Subri dilihat sangat cerah untuk melayakkan diri ke kelompok tiga terakhir memandangkan ia menggunakan kaedah pengundian secara terbuka, sekali gus memberi peluang kepada rakyat negara ini mengundi menerusi internet.
Menurut Khairy, rakyat Malaysia selalunya sangat cepat viralkan sesuatu terutama kecaman, menghentam seseorang dan benda yang tidak sepatutnya.
"Kali ini apa kata mereka itu menyalurkan kepakaran viral untuk Faiz Subri kerana dia perlukan undian anda.
"Saya juga berharap seluruh lapisan masyarakat dapat menyatakan sokongan dan turut mengundi untuk Faiz Subri," katanya ketika ditemui pada program MyCorps@Timur Tengah, semalam.
BACA: Netizen lancar kempen besar-besaran galak undi Faiz Subri
BACA: 'Gol ajaib' Faiz Subri tersenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA
FIFA menerusi laman web rasminya, www.fifa.com menyenarai pendek 10 gol menarik dari 30 Sept 2015 sehingga 30 Sept tahun ini untuk Anugerah Puskas yang menyaksikan jaringan Mohd Faiz turut tersenarai.
Mohd Faiz melakukan jaringan itu menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika Pulau Pinang bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Feb lalu.
Gol itu berjaya mencuri perhatian dunia apabila sepakan lencongnya dikatakan 'melanggar hukum fizik'. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Anugerah Puskas FIFA 2016
#Faiz Subri
#gol ajaib
#gol tercantik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan