awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar hulur sumbangan kepada G Saravanan, pemenang emas Komanwel 1998

Bernama
Bernama
18/04/2025
21:15 MYT
Anwar hulur sumbangan kepada G Saravanan, pemenang emas Komanwel 1998
Bantuan berkenaan dihulurkan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi. - Foto Facebook/Ahmad Farhan Fauzi
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada pemenang pingat emas acara 50 kilometer (km) lumba jalan kaki lelaki Sukan Komanwel 1998, G. Saravanan yang disahkan menghidap penyakit motor neurone disease pada 2021.
Bantuan berkenaan dihulurkan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika menziarahi Saravanan di sebuah hospital di Petaling Jaya pada Jumaat.
"Saudara G. Saravanan bukan sekadar atlet biasa, malah beliau juga ialah lambang kebanggaan negara. Kisah perjuangan beliau melawan penyakit ini telah mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri (Wan Azizah).
"Saya juga meluangkan masa untuk mendengar sendiri kisah beliau. Meskipun pertuturan beliau kini terbatas, kekuatan semangat yang terpancar jelas menggambarkan betapa tabahnya beliau menghadapi ujian ini. Api semangat sang juara yang tidak akan pernah terpadam," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Ahmad Farhan pada masa sama mendoakan agar Saravanan terus diberikan kekuatan fizikal dan ketenangan jiwa manakala seluruh ahli keluarganya dikurniakan ketabahan, ketenangan hati serta dipermudah segala urusan.
Turut hadir menziarahi bekas atlet berusia 54 tahun itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim serta wakil Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#G Saravanan
#Anwar Ibrahim
#sumbangan
#motor neurone disease
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan