Sebagai pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo tidak berjaya menyerlah di Piala Dunia kali ini.

Bintang Portugal itu telah bermain ketiga-tiga perlawananan tetapi berjaya menjaring satu gol sahaja apabila menang 2-1 ke atas Ghana. Kemenangan ke atas pasukan itu masih tidak berjaya membawa pasukannya ke pusingan kalah mati.

Ronaldo berjaya meraih 6 mata dari satu gol itu - dia telah berjaya mengumpul 13 mata dari tiga perlawanan - antara pemain yang sangat mengecewakan para pengurus fantasi.

Ketua pasukan Belgium Jan Vertonghen dapat memperoleh 10 mata dari gol dan 'clean sheet' sebagai pemain pertahanan membantu Belgium menang ke atas Korea 1-0.

Ronaldo

Penjaga gol Thibaut Courtois berjaya meraih 5 mata, rakan sepasukannya Steven Defour terpaksa menerima -3 kerana dilayangkan kad merah.

Di atas kemenangan ke atas Amerika Syarikat, Thomas Muller telah menjaringkan gol ke empat untuk dirinya di Piala Dunia untuk Jerman. Dia meraih 6 mata manakala penjaga gol Manuel Neuer raih 5 mata kerana berjaya mendapatkan clean sheet.

Manakala pemain Rusia Alexander Kokorin dan Islam Slimani dari Algeria meraih 6 mata apabila menjaringkan gol perlawanan pagi tadi yang berakhir seri 1-1.

Dalam Liga Ola Bola Selebriti, TyrannoSuarez Rex kukuh berada di atas liga dengan 164 mata. Slingerz berada di tangga kedua dengan 154 mata, diikuti dengan kopsalad dengan 148 mata.

Terdapat pendahulu baru untuk liga terbuka, Saya Nak PS4 mendahului bersama hahaha fc dengan 304 mata. Berada di tempat ketiga #TheJamil memperoleh 298 mata.

Para pengurus fantasi sekalian! Pusingan kalah mati sudah tiba, jadi pilih pemain yang akan menyerlah dan teruskan bermain! -- Astro Arena