awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa ramalan Piala Dunia Mourinho?

Astro Arena
Astro Arena
03/06/2014
09:21 MYT
Apa ramalan Piala Dunia Mourinho?
Beliau juga meramalkan Itali akan turut mara dari Kumpulan D
Jose Mourinho, bos Chelsea yang dikenali kerana bersuara lantang, meramalkan yang England akan mara ke perlawanan kalah mati pada Piala Dunia Brazil yang bakal bermula pada 15 Jun nanti.
Beliau juga meramalkan Itali akan turut mara dalam persaingan Kumpulan D, yang bermakna penglibatan Luiz Suarez dan Uruguay akan berakhir awal.
Tetapi Mourinho menerangkan yang pendapatnya itu adalah untuk menyokong kawan-kawannya.
"Saya seorang yang banyak beremosi. Saya akan sentiasa menyokong mereka yang dekat di hati saya. Jika saya berkata England tidak berpeluang, mungkin musim depan, saya terpaksa mencari pasukan dari luar England untuk saya kendalikan," Mourinho berkata.
Beliau juga berpendapat pasukan Belanda yang dikendalikan bakal pengurus baru Manchester United Louis van Gaal akan mara ke pusingan seterusnya selaku pasukan pilihan Kumpulan B, tetapi memberi amaran yang Chile dan Sepanyol perlu sentiasa dihormati.
Mourinho, yang pernah memenangi Piala Juara-Juara Eropah bersama Porto dan Inter Milan, berpendapat yang negara kelahirannya Portugal akan mengakhiri saingan di belakang pasukan Jerman dalam Kumpulan G dan Perancis pula akan beraksi pada tahap yang lebih baik berbanding di Piala Dunia Afrika Selatan empat tahun lepas.
Pada peringkat separuh akhir, Mourinho yang memenangi kejuaraan Liga BPL bersama Chelsea, Serie A bersama Inter Milan dan La Liga bersama Real Madrid, percaya yang Brazil atau Belanda akan bertemu Ivory Coast atau England, manakala Perancis atau Nigeria akan bertemu Jerman atau Belgium.
Mourinho meramalkan juga yang Sepanyol ataupun Mexico akan bertemu Itali atau Greece dan Argentina atau Switzerland akan bertemu Rusia ataupun Portugal.
Topic Berkaitan
#England
#Itali
#Jose Maurinho
#Luiz Suarez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan