PHNOM PENH: Kini tiba giliran atlet para negara untuk menyinar apabila temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 membuka tirainya di sini, esok.
Selepas pencapaian menyedihkan kontinjen negara pada Sukan SEA baru-baru ini, atlet para negara diharap dapat mengubati kekecewaan Malaysia pada temasya sukan bagi orang kurang upaya yang bakal berlangsung hingga 9 Jun ini.
Ketiadaan tiga jaguh negara, iaitu Datuk Mohd Latif Romly (lompat jauh T20), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20) dan atlet badminton para Cheah Liek Hou dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen negara yang hadir ke sini dengan sasaran 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa.
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) juga dilihat mengambil langkah selamat apabila menyasarkan pingat emas yang lebih rendah berbanding pencapaian di Solo, Indonesia tahun lepas, iaitu 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa dan menamatkan kempen di kedudukan keempat.
Pada edisi kali ini, Malaysia yang akan diwakili hampir 43 peratus atau 62 daripada 144 atlet yang akan beraksi buat pertama kali di pentas Asia Tenggara itu, pastinya akan membuatkan peminat sukan tanah air berfikir sejenak sekiranya sasaran itu mampu dicapai.
Lebih merunsingkan apabila tuan rumah di sini tidak menyenaraikan 10 acara daripada dua sukan iaitu memanah dan tenis berkerusi roda yang dilihat mampu menyumbang sekurang-kurangnya tiga emas kepada kontinjen negara jika ia dianjurkan.
Oleh itu, sukan yang sering menjadi lubuk emas negara seperti olahraga dan renang harus hadir dengan semangat juang yang tinggi bagi memastikan magis terlaksana di bumi Kemboja atau Malaysia sekali lagi berdukacita.
Di Phnom Penh, kontinjen negara akan mengambil bahagian dalam 13 daripada 14 jenis sukan yang dipertandingkan di Kemboja, yang menyaksikan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 153 acara ataupun 35.66 peratus daripada 429 acara yang dipertandingkan.
Tiga belas sukan itu ialah olahraga, badminton, boccia, catur, bola sepak orang buta negara, bola sepak cerebral palsy, goalball, judo, powerlifting, renang, tenis berkerusi roda dan bola keranjang berkerusi roda, selain satu sukan demo iaitu e-sukan.
Malaysia buat julung kalinya pernah muncul juara keseluruhan APG iaitu ketika menjadi tuan rumah edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2001, yang menyaksikan kontinjen para negara unggul merangkul 143 pingat emas, 136 perak dan 92 gangsa.
Oleh yang demikian, kontinjen 'luar biasa' ini perlu bersedia untuk melaungkan amaran awal pada hari pertama temasya dwitahunan itu esok untuk dilihat sebagai pencabar utama yang sama-sama mampu menghadirkan pingat buat negara tercinta dan tidak boleh dipandang ringan oleh pesaing.
Malaysia tidak seharusnya melalui 'detik hitam' seperti gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada Sukan SEA 2023 di Kemboja yang berakhir pada 17 Mei lepas.
Ketika itu, kontinjen negara terpaksa akur apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 96 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan, berbanding 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa yang disasarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kem paralimpik kebangsaan yang diketuai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG Kemboja Noor Syahieda Mat Shah perlu sedar yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang, yang seharusnya kejayaan itu datangnya daripada kerja keras tanpa mengenal erti penat lelah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023

Noor Syahieda (belakang, tengah) bersama atlet paralimpik olahraga yang akan mengambil bahagian dalam APG ke-12 di Kemboja bersemangat waja melaungkan slogan 'Demi Malaysia' di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, 1 Jun 2023. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Shazalli kini pengarah bukan eksekutif AirAsia X
AirAsia X Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuatkuasa pada hari ini.
MAH anjur kejohanan, undang bekas pemain untuk perlawanan amal
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) bakal menganjurkan MAH Football Tournament pada 9 dan 10 Oktober ini, menghimpunkan petugas hotel dari 13 wilayah dari seluruh negara, termasuk bekas pemain kebangsaan untuk perlawanan amal.

Mohammed Shazalli kini pengarah bukan eksekutif AirAsia X
AirAsia X Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai pengarah bukan eksekutif berkuatkuasa pada hari ini.
Gimnastik sumbang gangsa, takraw puas hati dengan perak
Penantian 17 tahun untuk kilauan pingat dari gelanggang gimnastik berakhir selepas atlet negara, Muhammad Sharul Aimy berjaya meraih gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Skuad takraw pula tidak menghampakan, pulang dengan pingat perak selepas tewas kepada musuh tradisi, thailand pada perlawanan akhir.
Wartawan Astro ARENA, Syen Yeoh yang berada di Hangzhou ada perinciannya.
Skuad takraw pula tidak menghampakan, pulang dengan pingat perak selepas tewas kepada musuh tradisi, thailand pada perlawanan akhir.
Wartawan Astro ARENA, Syen Yeoh yang berada di Hangzhou ada perinciannya.
Dua penjawat awam direman, rasuah berkaitan urusan mayat
Dua kakitangan perubatan awam direman lima hari bermula pada Jumaat selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM3,500 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
[TERKINI] 12 kawasan catat IPU tak sihat
12 kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Pegawai, anggota polis antara enam ditahan larikan seorang penganggur
kesemua suspek berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
TIada pertandingan 'top 5' Pas
Lima jawatan tertinggi Pas iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden tidak akan dipertandingkan.
[TERKINI] SIasatan terhadap Jasmine Loo diserahkan kepada Peguam Negara
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan MYDIN Pitchay mengesahkan siasatan ke atas bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo, sudah lengkap.

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023
Astro berbangga meraih pengiktirafan di peringkat global sekali lagi dengan membawa pulang 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AAAs) tahun ini.

Skuad para negara bawa pulang tiga emas
Nur Azlia Syafinaz yang dibantu Nurul Suhada pula membawa pulang emas dalam acara kejar-mengejar individu B.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

APG 2023: Muhamad Ashraf mahu emas miliknya bakar semangat kontinjen olahraga
Sudah berazam tampilkan aksi terbaik ketika turun berjuang sekali gus menghadirkan pingat pada kejohanan pentas antarabangsa.

APG 2023: Atlet para sedia jadi pengubat duka Malaysia di Kemboja
Ketiadaan tiga jaguh negara - Latif Romly, Ziyad dan Cheah dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen atlet para negara.

APG 2023: Tidak terjejas walau tanpa kelibat tiga jaguh
Pekan berkata, tidak mustahil kontinjen negara boleh menyamai atau mengatasi pencapaian edisi lepas di Solo, Indonesia.

Kedah laksana program 'i-talent' cungkil bakat atlet para baharu
Program di peringkat akar umbi itu akan dilaksanakan bermula bulan depan di 12 daerah.

Peraturan atlet para wajib ditemani pegawai pengiring dikuat kuasa
Langkah itu diambil bertujuan memastikan keselamatan dan segala keperluan atlet para yang menyertai pertandingan dijaga sepanjang masa.

Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada atlet para badminton Liek Hou
"Semoga dilimpahi kecemerlangan berterusan," titah Seri Paduka berdua menerusi poster dikongsi Facebook rasmi Istana Negara.