awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Matahari muncul semula - Holgado
Mohd Kurniawan Naim angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat
Melangkah bersama kelestarian: Komitmen Ajinomoto (Malaysia) Berhad demi masa depan lebih hijau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APG edisi ke-13 melabuhkan tirai, jumpa di Malaysia pada 2027

Bernama
Bernama
26/01/2026
23:20 MYT
APG edisi ke-13 melabuhkan tirai, jumpa di Malaysia pada 2027
Perarakan bendera negara dan atlet berlangsung mengikut turutan Brunei, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor-Leste, Vietnam dan Thailand selaku tuan rumah. --fotoBERNAMA
NAKHON RATCHASIMA: Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025 menutup tirai secara rasmi malam ini dalam suasana penuh simbolik dan penghargaan kepada setiap indvidu yang menjayakannya, sebelum obor temasya diserahkan kepada Malaysia selaku tuan rumah edisi 2027.

Ringkasan AI
  • Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025 menutup tirai dengan penuh simbolik malam ini, disusuli penyerahan obor kepada Malaysia sebagai tuan rumah APG 2027.
  • Majlis penutupan disertai atlet para dan kontinjen dengan persembahan muzik, perarakan bendera negara serta ucapan penghargaan, menunjukkan semangat perpaduan serantau.
  • Malaysia menamatkan APG 2025 dengan 201 pingat, meraih tempat ketiga secara keseluruhan dan berjanji untuk meneruskan kecemerlangan temasya bagi edisi akan datang.

Upacara berlangsung dengan kehadiran atlet para dan kontinjen yang mengambil bahagian, dimulakan dengan persembahan muzik daripada tuan rumah bagi meraikan perjuangan serta ketabahan mereka sepanjang temasya berlangsung.
Ia diteruskan dengan upacara menaikkan bendera Thailand dan persembahan yang mengimbau sejarah penganjuran APG yang kembali dianjurkan di Nakhon Ratchasima selepas 18 tahun.
Perarakan bendera negara dan atlet berlangsung mengikut turutan Brunei, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor-Leste, Vietnam dan Thailand selaku tuan rumah melambangkan semangat perpaduan dan persahabatan serantau yang menjadi teras temasya ini.
Majlis kemudian menayangkan video perjalanan APG ke-13 yang merakam pelbagai detik manis pencapaian membanggakan atlet para selain menonjolkan peranan temasya berkenaan dalam memperkukuh pembangunan serta keterangkuman sukan para di rantau Asia Tenggara.
Seterusnya ucapan oleh Gabenor Pihak Berkuasa Sukan Thailand diikuti ucapan penutup oleh Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) serta Pengerusi Jawatankuasa Penganjur APG Ke-13.
Peralihan penganjuran temasya kemudian dimeterai menerusi upacara penyerahan tuan rumah daripada Thailand kepada Malaysia termasuk menaikkan Jalur Gemilang sebagai isyarat rasmi bermulanya perjalanan menuju APG 2027.
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Thailand atas penganjuran yang disifatkan cemerlang dan penuh makna selain menyatakan komitmen Malaysia untuk meneruskan legasi temasya berprestij itu.
Majlis diakhiri dengan persembahan khas oleh Malaysia diikuti perarakan keluar atlet sebelum tirai ditutup dengan persembahan penutup bertajuk "E-san Jofyul" serta pertunjukan bunga api yang menerangi ruang udara stadium.
Malaysia menamatkan kempen APG 2025 dengan kutipan 64 pingat emas, 64 perak dan 73 gangsa (201 pingat) untuk berada di tangga ketiga keseluruhan, sekali gus membaiki kedudukan berbanding tempat keempat pada edisi Kemboja 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APG
#Sukan Para ASEAN
#Thailand
#kontinjen malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan