awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Argentina kekal di tangga teratas dalam ranking FIFA, Jerman naik ke tangga kesembilan

Bernama
Bernama
10/07/2025
13:07 MYT
Argentina kekal di tangga teratas dalam ranking FIFA, Jerman naik ke tangga kesembilan
Argentina mendahului carta diikuti juara Eropah - Sepanyol dan Perancis, dengan tiga teratas kekal tidak berubah. - AP
ZURICH: Juara dunia Argentina mengekalkan kedudukan di tempat pertama dalam ranking bola sepak dunia lelaki manakala Jerman melonjak ke tangga sembilan yang penting dalam senarai terkini dikeluarkan pada Khamis oleh badan induk FIFA, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Argentina mendahului carta diikuti juara Eropah - Sepanyol dan Perancis, dengan tiga teratas kekal tidak berubah. England dan Brazil masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.
Portugal melonjak ke tangga keenam melepasi Belanda di tempat ketujuh hasil kejayaan mereka menjuarai Liga Negara-Negara UEFA, diikuti Belgium, Jerman dan Croatia melengkapkan kelompok 10 teratas. Jerman dan Croatia naik kedudukan mereka dan mengatasi Itali yang jatuh dari tempat kesembilan ke tangga ke-11.
Jerman melonjak walaupun tewas kepada Portugal dan Perancis dalam pusingan akhir Liga Negara-Negara, kerana menurut peraturan FIFA, kekalahan dalam kejohanan akhir tidak menyebabkan pemotongan mata dalam ranking.
Kedudukan kesembilan amat penting bagi undian Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung akhir tahun ini. Sembilan pasukan teratas dalam ranking akan menjadi pasukan pilihan bersama tiga tuan rumah bersama Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, sekali gus mengelak daripada bertemu pasukan pilihan lain dalam peringkat kumpulan.
Sementara itu, Costa Rica mencatat peningkatan tertinggi apabila naik 14 anak tangga ke kedudukan ke-40 hasil pencapaian ke suku akhir Piala Emas. Juara kejohanan, Mexico, naik empat tangga ke tempat ke-13.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#ranking bola sepak dunia
#Argentina
#sepanyol
#Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan