SPORTS
Argzim Redzovic sah tinggalkan TFC

Selepas enam musim mengharungi kempen Liga-M bersama skuad Penyu, kontraknya yang tamat pada April lepas tidak lagi disambung. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA TERENGGANU: Pemain import Terengganu FC (TFC) Argzim Redzovic mengakui 'jodohnya' bersama pasukan itu sudah berakhir.
Ringkasan AI
- Perpisahan Argzim Redzovic dan TFC: Selepas enam musim bersama Terengganu FC, pemain import dari Montenegro, Argzim Redzovic, mengesahkan bahawa kontraknya tidak disambung selepas tamat pada April lalu.
- Rasa syukur dan kekesalan: Walaupun sedih meninggalkan pasukan, beliau berterima kasih atas pengalaman yang diperoleh, tetapi terkilan kerana usaha mendapatkan status sebagai pemain naturalisasi tidak berjaya.
- Harapan untuk terus beraksi: Redzovic masih berada di Malaysia untuk pemulihan kecederaan dan berharap dapat terus bermain dalam Liga Malaysia musim depan, walaupun sudah berusia 33 tahun.
"Saya terima dengan hati terbuka, tetapi agak sedih kerana Terengganu sudah menjadi rumah saya sekeluarga.
"Buat masa ini saya masih berada di Malaysia kerana dalam proses pemulihan daripada kecederaan ketika saingan Liga Super lepas," katanya ketika dihubungi.
Argzim bagaimanapun berkata beliau agak terkilan kerana penantiannya untuk mendapatkan status sebagai pemain naturalisasi tidak kesampaian biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pengurusan TFC.
Beliau berkata walaupun sudah mencecah usia 33 tahun, beliau masih belum berhasrat untuk bersara dan berharap agar dapat terus beraksi di kancah Liga-M musim depan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami