awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal tunduk di laman sendiri

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2013
00:53 MYT
Arsenal tunduk di laman sendiri
Arsenal diaibkan pasukan liga kejuaraan Blackburn Rovers satu-kosong di laman sendiri dalam saingan Piala FA Inggeris.
Kekalahan tersebut meleburkan impian The Gunners untuk mara ke peringkat suku akhir malah ini kali pertama mereka tewas di tangan pasukan liga bawahan dalam saingan itu.
Dalam perlawanan tersebut pengurus Arsene Wenger dilihat melakukan beberapa perubahan dengan merehatkan tonggak utama pasukan.
Namun The Gunners masih mampu mempamerkan corak permainan berkualiti.
Ia dapat dilihat sejak dari awal perlawanan apabila mereka saling mengasak kubu lawan.
Peluang terbaik pasukan itu muncul menerusi pemain antarabangsa Ivory Coast Gervinho namun beliau mensia-siakan peluang tersebut.
Bersambung babak kedua Rovers mula mangatur langkah memburu gol.
Hasilnya 18 minit sebelum tamat perlawanan penyerang pasukan Colin Kazim-Richards berjaya memecah kebuntuan gol.
Tersentak dengan gol tersebut Arsenal kembali memberi saingan mencari gol penyamaan namun gagal.
Keputusan satu-kosong kekal sehingga tamat perlawanan.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Blackburn Rovers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan