awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aryna Sabalenka tewaskan Madison Keys untuk tempah slot ke final

Bernama
Bernama
15/03/2025
23:15 MYT
Aryna Sabalenka tewaskan Madison Keys untuk tempah slot ke final
Aksi Aryna Sabalenka ketika membalas hantaran Madison Keys pada separuh akhir kejohanan tenis Terbuka BNP Paribas, di Indian Wells, California, 14 Mac 2025. (Foto AP)
LONDON: Aryna Sabalenka membalas dendam atas kekalahannya di final Terbuka Australia kepada Madison Keys dengan kemenangan bergaya untuk mara ke final Terbuka BNP Paribas, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pemain nombor satu dunia itu mencatat kemenangan 6-0, 6-1 untuk menempah pertemuan akhir menentang pemain remaja sensasi Mirra Andreeva, selepas pilihan kesembilan itu meneruskan rentak kemenangan dengan menyingkirkan Iga Swiatek.
Keys meraih gelaran Grand Slam pertamanya dengan menewaskan Sabalenka pada Januari lepas, namun pemain pilihan kelima dari Amerika Syarikat itu gagal mengulangi kejayaan berkenaan di Indian Wells.
Sabalenka hanya memerlukan 51 minit untuk melakar kemenangan, dengan Keys hanya berjaya mengekalkan servisnya pada penghujung set kedua bagi mengelakkan kekalahan tanpa sebarang mata.
Sementara itu, Andreeva, yang muncul juara termuda kejohanan WTA 1000 di Dubai bulan lepas, menundukkan juara bertahan Swiatek 7-6, 1-6, 6-3.
Pemain berusia 17 tahun itu mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut - termasuk dua kali menewaskan pemain nombor dua dunia, yang kini tewas dalam lima penampilan separuh akhir sejak menjuarai Terbuka Perancis Jun lepas.
Set pertama berlangsung sengit sebelum Andreeva menang menerusi pemutus, namun Swiatek bangkit di set kedua dengan tiga pemutus berturut-turut.
Bagaimanapun, Swiatek gagal mengekalkan momentumnya apabila Andreeva menamatkan perlawanan dalam masa dua jam 17 minit dengan memperoleh pemutus ketiganya pada set penentuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tenis
#Aryna Sabalenka
#Terbuka BNP Paribas
#Madison Keys
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan