SPORTS
Aston Villa kukuhkan peluang Liga Juara-Juara, Tottenham catat musim terburuk

Boubacar Kamara (kanan) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua pasukan ketika perlawanan EPL antara Aston Villa dan Tottenham Hotspur di Villa Park, Birmingham, England, 16 Mei 2025. (Foto AP)
ASTON Villa mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok lima teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur di Villa Park.
Gol daripada Ezri Konsa dan Boubacar Kamara pada separuh masa kedua memastikan kemenangan penting bagi skuad kendalian Unai Emery, yang kini menghuni tangga kelima liga dengan satu perlawanan berbaki.
Tottenham, yang merehatkan beberapa pemain utama menjelang final Liga Europa menentang Manchester United, gagal memberikan saingan bermakna.
Kekalahan ini merupakan yang ke-21 dalam liga musim ini, menjadikannya musim terburuk Spurs dalam era Liga Perdana dengan hanya 38 mata sebelum perlawanan terakhir.Rekod ini mengatasi pencapaian terburuk mereka sebelum ini iaitu 44 mata pada musim 1997/98.
Dengan kemenangan ini, Villa kini berada di landasan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan, bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir menentang Manchester United.
Sementara itu, Tottenham perlu memenangi final Liga Europa untuk memastikan tempat dalam saingan Eropah musim hadapan, setelah prestasi liga domestik mereka mengecewakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami