Athlete Centre pertama di MSN siap beroperasi Februari ini - Dr Taufiq Johari

Dr Mohammed Taufiq (foto) berkata pusat berkenaan diwujudkan bagi menyediakan ruang selesa dan kondusif untuk atlet beristirahat, mendapatkan aktiviti pemulihan. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menubuhkan sebuah Athlete Center di Majlis Sukan Negara (MSN) yang dijadualkan mula beroperasi pada Februari ini.
Ringkasan AI
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menubuhkan Atlet Center di Majlis Sukan Negara (MSN) mulai Februari depan bagi memberi ruang selesa dan kondusif kepada atlet beristirahat, mendapatkan aktiviti pemulihan, dan mengurus tekanan mental.
- Pusat ini diwujudkan untuk menjaga kesihatan mental dan kebajikan atlet, seiring dengan amalan negara maju seperti Australian Institute of Sport (AIS) dan kemudahan atlet di United Kingdom.
- Perasmian rasmi Atlet Centre di MSN dijadualkan pada 5 Februari seterusnya sebagai usaha kerajaan memperkukuh ekosistem sokongan kepada atlet negara demi prestasi optimum di peringkat antarabangsa.
"Memandangkan atlet sering berdepan tekanan, pusat ini diwujudkan bagi menjaga kesihatan mental dan kebajikan mereka, sejajar dengan keperluan menyediakan kemudahan yang bersesuaian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis amanat bagi pembukaan tahun 2026 bersama atlet dan jurulatih di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, pada Khamis.
Menurutnya, pembentukan pusat itu seiring amalan negara maju, seperti Australian Institute of Sport (AIS) dan kemudahan atlet di United Kingdom, yang menyediakan ruang santai dan aktiviti pemulihan bagi membantu atlet mengekalkan kesejahteraan mental dan fizikal.
Beliau turut memaklumkan bahawa perasmian Athlete Centre di MSN akan diadakan pada 5 Februari ini serta menegaskan bahawa langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memperkukuh ekosistem sokongan kepada atlet negara agar mereka dapat mencapai prestasi optimum di peringkat antarabangsa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan utama penubuhan Atlet Center di Majlis Sukan Negara (MSN)? A: Tujuan utama penubuhan Atlet Center adalah untuk menyediakan ruang selesa dan kondusif kepada atlet untuk beristirahat, mendapatkan aktiviti pemulihan, dan mengurus tekanan mental.
- Q: Apa yang mendorong Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menubuhkan pusat berkenaan? A: KBS terinspirasi oleh amalan negara maju seperti Australian Institute of Sport (AIS) dan kemudahan atlet di United Kingdom yang menyediakan ruang santai dan aktiviti pemulihan untuk atlet menjaga kesejahteraan mental dan fizikal.
- Q: Bila perasmian rasmi Atlet Center di MSN dijangka berlangsung? A: Perasmian rasmi Atlet Center di MSN dijadualkan pada 5 Februari depan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh ekosistem sokongan kepada atlet negara bagi mencapai prestasi optimum di peringkat antarabangsa.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

