awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet Bahrain datang ucap tahniah buat kami terkejut - Zaidatul

Bernama
Bernama
03/10/2023
21:00 MYT
Atlet Bahrain datang ucap tahniah buat kami terkejut - Zaidatul
Atlet Kuartet Wanita negara (dari,kiri) Shereen Samson Vallabouy, Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias dan Nur Afrina Batrisya menerima pingat gangsa dalam acara Akhir 4 x 100 M pada Sukan Asia Hangzhou 2022. - Foto BERNAMA
HANGZHOU: Kuartet 4x100 meter (m) wanita negara seakan tidak percaya apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat gangsa Sukan Asia di Stadium Olimpik Hangzhou di sini, malam tadi.
Menceritakan detik selepas perlumbaan, pelari pecut senior Zaidatul Husniah Zulkifli berkata, pada mulanya mereka pelik apabila keputusan rasmi mengambil masa yang agak lama untuk dikeluarkan.
Katanya, keadaan dan perasan menjadi lebih bercampur baur apabila pelari Bahrain datang mengucapkan tahniah kepada mereka.
"Sewaktu di bilik panggilan tempat kami simpan bag, agak terkejut kenapa keputusan belum keluar. Ia jadi lebih pelik apabila kami ditahan lama dalam bilik tu, rupa-rupanya ada pertukaran.
"Selepas itu, atlet Bahrain masuk, datang ke arah kami dan ucap tahniah, kami sangat terkejut waktu itu dan pada masa sama sangat gembira kerana ia tak dijangka pun," katanya ketika ditemui, di sini, malam tadi.
Malaysia dihadiahkan gangsa selepas penyertaan kuartet Bahrain dibatalkan selepas salah seorang pelari negara itu didapati melakukan kesalahan TR24.7 iaitu membuat lepasan baton di luar zon pertukaran, menurut keputusan rasmi yang dikeluarkan.
Terdahulu, gandingan Azreen Nabila Alias, Zaidatul, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Shereen Samson Vallabouy menampilkan larian bertenaga untuk mencatat masa 45.01 saat (s) sekali gus menamatkan saingan di tempat keempat. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuartet 4x100 m wanita
#Sukan Asia
#Zaidatul Husniah Zulkifli
#atlet Bahrain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan