Sebanyak RM456,400 diperuntuk oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) bagi pemberian insentif kepada 196 atlet, lapan pengurus dan 13 jurulatih kontinjen itu yang menyumbang pingat semasa kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 baru-baru ini.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pemenang pingat emas acara individu menerima RM5,000 dan RM4,000 bagi acara berpasukan.
"Setiap atlet yang menyumbangkan pingat perak akan menerima insentif RM1,500 bagi individu dan RM1,000 bagi berpasukan manakala insentif sebanyak RM1,000 bagi individu dan RM800 berpasukan untuk atlet yang menyumbang pingat gangsa," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian insentif itu serta majlis berbuka puasa bersama persatuan sukan Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa.
Beliau berkata insentif berjumlah RM22,000 turut diberi kepada pengurus serta jurulatih pasukan yang berjaya mencapai sasaran pingat emas pada kejohanan itu.
Tengku Adnan berkata pencapaian kontinjen itu menduduki tempat ketiga berbanding kelima pada Sukma ke-15 di Pahang 2012 cukup membanggakan kerana beliau percaya peningkatan itu banyak dibantu prestasi yang memberangsangkan dalam beberapa acara seperti lawan pedang, muay thai dan woodball.
"Sesungguhnya kejayaan ini menunjukkan Wilayah Persekutuan, yang terdiri dari tiga kawasan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mempunyai ramai atlet berbakat besar, hanya bagaimana kita membentuk mereka," katanya.
Tengku Adnan juga berharap penyertaan kontinjen Wilayah Persekutuan ke Sukma di Perlis tahun depan akan meraih kedudukan lebih baik.
Pada Sukma ke-16 Kuala Lumpur yang berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai lepas, kontinjen Wilayah Persekutuan menduduki tempat ketiga apabila menggondol 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa menerusi 20 acara yang dipertanding.
Bernama
Wed Jul 31 2013
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
'Jaga parti sendirilah' - nasihat Ku Nan kepada Tun M
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa RoS bersikap berat sebelah dan memberi layanan berbeza kepada UMNO dan pembangkang.
Bandar sungai bertaraf dunia: KL bakal setanding Melbourne, Vienna, Vancouver - Ku Nan
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembangunan KL River City dilihat memenuhi keperluan untuk melonjakkan nama bandaraya ini.
Bazar Ramadan sekitar KL dinaik taraf secara berperingkat - Tengku Adnan
Tengku Adnan turut mengingatkan para peniaga agar menjaga kebersihan dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya dengan alasan tidak munasabah.
UMNO kaji semula kerjasama dengan parti politik Korea Utara - Ku Nan
UMNO akan mengkaji semula kerjasama yang dijalinkan dengan WPK, rentetan perkembangan hubungan dua hala ekoran kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam di Malaysia.
UMNO nafi terlibat dalam pemberian geran atau dana kepada usahawan
UMNO menafikan sebarang penglibatan dalam penganjuran pemberian sebarang geran atau dana kononnya bagi membantu usahawan khususnya peniaga kecil dan syarikat baru.
Kekangan kehidupan cabaran terbesar warga kota - Ku Nan
Kekangan kehidupan yang dihadapi oleh warga kota antara cabaran terbesar yang perlu dititikberatkan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Perlu kajian saintifik bagi larangan kapcai ke pusat bandar - Wan Junaidi
Kajian saintifik perlu dibuat sebelum keputusan untuk melarang kemasukan motosikal kapcai ke pusat bandar.
Puncak Purnama: Tidak salah meroboh, arca milik penuh DBKL
Mahkamah membuat keputusan bahawa DBKL perlu membayar pampasan kepada pereka asal dan selepas itu arca ini telah menjadi milik penuh DBKL.
'Siapa cakap UMNO tinggal 190 bahagian? UMNO Semporna tidak bubar' - Ku Nan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kemelut yang dicetuskan UMNO Bahagian Semporna tidak mempunyai lokus standi untuk bahagian itu dibubarkan.
Keputusan MT tidak boleh dicabar di mahkamah - Ku Nan
Tengku Adnan turut menegaskan isu penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO tidak berkaitan dengan Seksyen 16 Akta Pertubuhan 1966.