awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATP Akhir: Atasi Zverev, Medvedev terus tampil aksi cemerlang

Astro Arena
Astro Arena
17/11/2021
02:48 MYT
ATP Akhir: Atasi Zverev, Medvedev terus tampil aksi cemerlang
Wakil Russia itu melengkapkan kemenangan 6-3 ,6-7 (3-7), 7-6 (8-6) dalam pertembungan sengit di Turin. - Astro ARENA
DANIIL Medvedev akhirnya mengatasi Alexander Zverev dalam pertandingan berkualiti tinggi untuk mencatatkan kemenangan kedua dalam ATP Akhir tahun ini.
Wakil Russia itu melengkapkan kemenangan 6-3 ,6-7 (3-7), 7-6 (8-6) dalam pertembungan sengit di Turin.
Tepat setahun sejak kedua pemain itu bertemu antara satu sama lain dalam kejohanan yang sama di London, ia kelihatan seperti sejarah mungkin berulang ke tahap yang lebih tinggi apabila Medvedev memenangi set pertama 6-3, seperti yang dilakukannya pada 2020 dalam kemenangan straight set.
Juara bertahan itu mendominasi permainan, namun set kedua menyaksikan peningkatan ditampilkan Zverev, yang meraih 13 mata menerusi servis kencang.
Wakil Jerman itu gagal merampas sebarang set daripada Medvedev, namun berjaya merakam kemenangan menerusi tie-break.
Corak permainan yang sama ditampilkan dalam set ketiga selepas diheret ke tie-break.
Selepas berjaya menyelamatkan dua mata perlawanan, Zverev tidak terdaya untuk melakukan kali ketiga ketika Medvedev meraih kemenangan sekaligus di landasan terbaik untuk ke peringkat seterusnya.
Relentless @DaniilMedwed battles past Zverev 6-3, 6-7, 7-6 to go to the top of Red Group at the #NittoATPFinals pic.twitter.com/QUBZWBJj4p
— ATP Tour (@atptour) November 16, 2021
Topic Berkaitan
#tenis
#Daniil Medvedev
#Alexander Zverev
#ATP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan