KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 dan pemain badminton nombor satu dunia Viktor Axelsen hari ini menyuarakan sokongan terhadap pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia susulan keputusannya meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Axelsen berkata sekiranya keputusan itu baik bagi Zii Jia, itulah yang seharusnya dilakukan oleh juara All England 2021 itu.
"Pada pandangan saya, sekiranya seorang pemain merasakan yang terbaik baginya ialah mengikuti laluan yang dirasakan membolehkan beliau bergerak lebih bebas sebagai pemain, maka itulah yang seharusnya dilakukannya. Lagipun ia mengenai kariernya, hidupnya," kata pemain Denmark itu menerusi instagramnya.
Semalam Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan Zii Jia membuat keputusan meninggalkan badan induk itu dan telah menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Jan lepas.
BACA: Lee Zii Jia letak jawatan pemain BAM
BACA: Nak jadi pemain terbaik dunia kena tahan tekanan, nasihat Chong Wei kepada Zii Jia
Mohamad Norza berkata antara faktor Zii Jia ingin keluar daripada badan induk itu kerana tidak seperti jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, beliau tidak boleh tahan dengan tekanan dan mahu mencapai apa yang diinginkan mengikut keselesaan sendiri tanpa sebarang kekangan.
BAM dijangka mengumumkan keputusan mereka berhubung perkara itu esok.
Sementara itu Axelsen yakin Zii Jia akan terus bangkit dan berjuang untuk menghasilkan keputusan positif yang boleh membanggakan seluruh rakyat Malaysia dan mereka yang menyokongnya.
"Hanya dia sahaja yang tahu apa yang terbaik ketika ini, dan saya berharap akan dapat berentap dengan Zii Jia di gelanggang badminton lagi di masa akan datang," kata juara dunia 2017 itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Axelsen berkata sekiranya keputusan itu baik bagi Zii Jia, itulah yang seharusnya dilakukan oleh juara All England 2021 itu. - Foto: Youtube/AllEnglandBadminton
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England
Zii Jia mengakui, Chong Wei kerap berhubung dengannya untuk memberikan kata-kata semangat.
All England: Zii Jia tewas kepada Viktor Axelsen di separuh akhir
Dalam perlawanan separuh akhir itu, Zii Jia tewas 21-17, 13-21, 19-21 kepada Viktor, di Arena Birmingham, England.
Chong Wei sekat Axelsen ke separuh akhir Terbuka Malaysia
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mudah menyekat laluan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen untuk meneruskan saingan ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di sini, malam ini.