KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen menzahirkan perasaan teruja dan gembira apabila akhirnya berjaya menamatkan penantian kejuaraan badminton Terbuka Malaysia sejak penampilan sulungnya 10 tahun lalu.
Dalam tempoh penantian itu, pemain Denmark berusia 28 tahun itu berjaya mengumpul gelaran dunia, Olimpik, All England sebanyak dua kali serta Masters Malaysia namun gelaran Terbuka Malaysia masih gagal menjadi miliknya.
Selepas tersingkir seawal pusingan pertama dalam empat percubaan pertama (2012-2015), pencapaian terbaik Axelsen ialah mara ke suku akhir sebanyak tiga kali (2016, 2018, 2019).
"Ini adalah gelaran yangn dinanti-nantikan selama ini. Ia sangat penting bagi diri dan sangat gembira untuk memenanginya hari ini," katanya kepada pemberita selepas mengatasi pemain nombor dua dunia dari Jepun, Kento Momota, 21-4, 21-7, dalam masa 34 minit sahaja pada final.
Axelsen juga mengakui bahawa pengalaman bertarung dengan legenda seperti Datuk Lee Chong Wei dari Malaysia, Chen Long dan Lin Dan dari China pada masa lalu, telah membantunya meningkatkan tahap permainannya untuk menjadi antara yang terbaik dalam sukan itu sekarang.
" Saya masih ingat menentang Chong Wei di dewan ini dan saya tewas 8-21, 10-21 dalam masa 26 minit. Ia merupakan pengalaman yang baik untuk saya. Bermain perlawanan besar dengan legenda, jelas ia memberi saya banyak pengalaman serta mendapat banyak pengajaran," katanya.
" Saya agak terkejut dengan tahap prestasi dan perlawanan akhir ini. Memang teruja untuk menentang pemain hebat seperti Momota dalam satu lagi final utama namun dia tidak selesa dengan corak permainan saya," katanya mengulas kemenangannya sambil menambah beliau belum membuat keputusan untuk beraksi pada Masters Malaysia, di venue sama, mulai Selasa ini.
Sementara itu, Momota mengakui prestasi Axelsen jauh lebih hebat dan di luar jangkaannya dan beliau sukar mengawal permainan dalam suasana dewan dan sorakan penonton yang begitu ramai.
"Bagaimanapun, saya telah memperoleh beberapa input positif dan pengalaman bermain dalam suasana seperti ini membantu untuk lebih bersedia menghadapi situasi di venue ini pada Masters Malaysia nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022
Axelsen mengakui bahawa pengalaman bertarung dengan legenda seperti Chong Wei dan Lin Dan pada masa lalu, telah membantunya meningkatkan tahap permainannya. - Gambar/ Bernama
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Terbuka Denmark: Axelsen tarik diri, muntah di tepi gelanggang
Juara Sukan Olimpik dua kali itu berdepan Alex Lanier sebelum meminta untuk berehat seketika sehingga muntah di tuala apabila tamat set pertama.
Masters Malaysia: Zii Jia, Axelsen buat perhitungan di final
Zii Jia berdepan tugas berat pada perlawanan akhir esok apabila dijadual bertemu pemain nombor satu dunia Denmark, Viktor Axelsen.
Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England
Zii Jia mengakui, Chong Wei kerap berhubung dengannya untuk memberikan kata-kata semangat.
All England: Zii Jia tewas kepada Viktor Axelsen di separuh akhir
Dalam perlawanan separuh akhir itu, Zii Jia tewas 21-17, 13-21, 19-21 kepada Viktor, di Arena Birmingham, England.
Chong Wei sekat Axelsen ke separuh akhir Terbuka Malaysia
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mudah menyekat laluan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen untuk meneruskan saingan ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di sini, malam ini.