Azeem Fahmi catat 6.60s untuk raih tempat pertama

Atlet berusia 21 tahun itu mencipta sensasi apabila merekodkan masa 6.60 saat dalam acara 60 meter pagi tadi. - Gambar fail/ Stadium Astro
UNIVERSITI Auburn mengesahkan pelari pecut negara, Azeem Fahmi, menduduki ranking pertama bagi larian dalam dewan peringkat kolej selepas mencatatkan prestasi cemerlang di UAB Blazer Invitational 2026.
Atlet berusia 21 tahun itu mencipta sensasi apabila merekodkan masa 6.60 saat dalam acara 60 meter, sekali gus menewaskan pencabar terdekat, Omari Lewis, yang mencatatkan 6.66 saat, awal pagi tadi.
Azeem, pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, kini mewakili Auburn dan terus mengukuhkan reputasinya di pentas antarabangsa.
Catatan tersebut juga menyamai rekod kebangsaan yang pernah dilakukannya pada Februari tahun lalu. - Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


