KUALA LUMPUR: Adakah peminat olahraga tanah air berpeluang menyaksikan pelari pecut muda sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan 100 meter (m) miliknya di halaman sendiri?.
Terdapat kebarangkalian perkara tersebut berlaku apabila pelari berusia 19 tahun itu, yang sudah lima bulan berpangkalan di Amerika Syarikat mengesahkan akan kembali ke tanah air untuk bersaing dalam kejohanan Terbuka Malaysia pada Julai ini.
Apa yang lebih menarik, selepas mencipta catatan musim terbaik 10.11 saat (s) pada kejohanan di Louisiana baru-baru ini, atlet kelahiran Perak itu merasakan dirinya berada di landasan tepat untuk memadam rekod kebangsaan 10.09s miliknya tidak lama lagi.
"Saya bersyukur sebab dapat buat catatan musim terbaik 10.11s di kejohanan Southeastern Conference (SEC) dua minggu lepas yang (catatan) dibezakan 0.02s daripada rekod kebangsaan, ia sangat bagus lagipun saya lakukannya di penggal pertama 2023.
"Saya masih mempunyai musim yang panjang dan saya yakin akan memecahkan rekod kebangsaan milik sendiri dalam masa beberapa bulan lagi," katanya yang berada di Florida ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selepas Terbuka Malaysia, penuntut Universiti Auburn, Alabama itu akan menghadapi pertandingan lebih besar iaitu Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada Julai, Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary (Ogos) dan temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September.
Muhammad Azeem, yang tidak bersama skuad olahraga negara ke temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini, turut berazam melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 sebelum akhir tahun ini.
"Jika tiada halangan, diberikan kesihatan yang baik dan semua berjalan lancar, sebelum 2024 saya akan cuba sedaya upaya untuk layak sebab saya nak buat kerja mudah layak awal kemudian hanya kekalkan prestasi. Secara keseluruhan saya di landasan yang baik," katanya.
Awal pagi tadi waktu Malaysia, Muhammad Azeem mencatat masa 10.04s dengan bantuan angin 5.5s dalam pusingan suku akhir saingan divisyen satu Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Jacksonville, Florida, namun gagal mara ke pusingan seterusnya.
Beliau mengakui tidak berada pada tahap terbaik selepas mengalami kecederaan pangkal paha yang memaksanya berehat dan tidak menjalani latihan selama enam hari.
"Boleh kata tidak berlatih selama seminggu terus berlari di pusingan pertama dan mara ke suku akhir adalah satu perkara yang positif bagi saya.
"Sebelum ini, kalau cedera saya akan bertindak lebih awal dengan menarik diri tapi disebabkan ini adalah tahun pertama saya di sini, jadi saya cuba lakukan sesuatu untuk diri sendiri dan negara, mungkin belum rezeki saya," katanya.
Muhammad Azeem mencipta rekod kebangsaan 100m pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia, Ogos tahun lepas sekali gus memadam catatan lama 10.18s milik Khairul Hafiz Jantan yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
Azeem mengesahkan akan kembali ke tanah air untuk bersaing dalam kejohanan Terbuka Malaysia pada Julai ini. - Gambar fail
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.
Sukan Asia Hangzhou: Azeem muncul ketiga terpantas Asia
Pelari negara, Azeem Fahmi, menamatkan acara 100 meter lelaki di kedudukan podium apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
'Beri Azeem masa'
Bekas pelari kebangsaan Nazmizan Muhammad berharap Azeem tukar pendekatan memperlahankan rentak larian ketika hampir garisan penamat.
KBS harap Azeem konsisten pamer aksi terbaik - Adam Adli
Katanya, walaupun terkandas di peringkat saringan keempat kejohanan itu, pujian tetap harus diberikan kepada atlet muda tersebut.
Azeem kandas awal di Budapest
Azeem menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh daripada keseluruhan lapan peserta dengan catatan masa 10.26s.
Azeem miliki perwatakan luar biasa, kata jurulatih
Gagal selindung rasa kecewa di wajahnya selepas memastikan kedudukan lima terbaik Asia membuatkan Azeem tidak teragak-agak membuat janji.
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.
Sukan Olimpik: Azeem Fahmi akan layak ke Paris 2024
Amir Izwan tidak menolak kemungkinan Azeem Fahmi hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris.
Azeem Fahmi pulang ke Malaysia, hitung detik lebur rekod kebangsaan
Adakah peminat olahraga tanah air berpeluang menyaksikan pelari pecut muda sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan 100 meter (m) miliknya di halaman sendiri?.
Muhammad Azeem tamatkan aksi NCAA di tempat ke-11
Muhammad Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.04 saat pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hodges.