JAGUH berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang mengalami kemalangan dalam acara Keirin di siri kelima Piala Dunia Brisbane, Australia pada Sabtu.
Menurut kenyataan yang dikongsi di laman Instagram, Azizulhasni berkongsi pengalaman pahit bagaimana beliau terseret jatuh dan badannya telah bergeseran dengan permukaan kayu.
Menurut Azizulhasni, ketika itu beliau hanya mampu berdoa supaya tidak ada kayu mencucuk ke dalam tisu badannya seperti yang terjadi padanya pada 2011.
Dalam pada itu, berita kemalangan tersebut turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi Twitter turut mendoakan agar Azizulhasni tidak mengalami kecederaan serius.
“Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan beliau,” kata Syed Saddiq.
Azizulhasni atau popular dengan gelaran 'ThePocketRocketman' bagaimanapun kini sedang menunggu laporan lengkap mengenai kecederaannya dari pihak hospital dan pasukan perubatan di bilik kecemasan Hospital Princess Alexandra.
Untuk rekod, Azizulhasni telah menjuarai acara keirin siri keempat Piala Dunia yang berlangsung di Cambridge, New Zealand pada minggu lalu.
Azizulhasni melakar pencapaian membanggakan apabila kayuhan bertenaganya membolehkan dia muncul juara di Cambridge, meninggalkan lima pencabar yang lain.
BACA: Siri Dunia UCI: Azizulhasni juara keirin, petunjuk optimis kilauan emas Olimpik 2020
Beliau juga membuktikan kesungguhannya dalam mengejar emas apabila turut mencatat rekod baharu menerusi catatan 9.760 saat bagi memadamkan rekod lamanya miliknya 9.774s.
Dalam pada itu, kemenangan beliau di Cambridge, dilihat sebagai satu pencapaian terbaiknya pada tahun ini selepas dua emas pecut individu pada Kejohanan Trek Asia 2019 dan 2020.
Faris Danial Razi
Sat Dec 14 2019

Azizulhasni kini dirawat di Hospital Princess Alexandra, Brisbane, Australia. - Gambar Instagram AZIZULHASNI AWANG

Agenda AWANI Asia: Sinergi & inovasi pacu pembangunan mampan serantau
China telah membuktikan kepada dunia komitmen mereka dalam usaha pembangunan mampan. Malaysia – di mana pula kedudukan kita? Apa yang boleh kita belajar dan bagaimana semua pihak perlu berganding bahu menuju Agenda Pembangunan Mampan?

Kalah teruk PRU14, MCA temui semula matlamat asal parti
Kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memberi peluang untuk MCA kembali kepada hala tuju dan matlamat asalnya, iaitu membangunkan Malaysia untuk semua.

AWANI Ringkas: COVID-19: 1,680 kes baharu, 7 kematian | LHDN nafi siasatan bermotifkan politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).
![AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894025/42418330501615037212247_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Maritim Malaysia tahan kapal kargo buang sisa minyak di perairan negara
kapal itu ditahan pada kedudukan kira-kira 21.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak, Selangor sekitar jam 12 tengah hari.

Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, tidak langgar Akta 342 jika tidak ambil - Takiyuddin
Suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan di buat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

UMNO, Bersatu perlu muafakat demi masa depan - Rais Yatim
UMNO dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu, kata tokoh politik veteran Tan Sri Rais Yatim.

UMNO-Bersatu | Hanya Presiden PAS akan membuat keputusan terbaik
Hanya Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi penentu kepada hala tuju parti sama ada meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau UMNO menjelang Piihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, ketika ini juga jelasnya berlaku perselisihan dalam kalangan pemimpin PAS untuk membuat keputusan terbaik demi survival parti itu.

Politik | PAS kini dipersimpangan dilema, PN atau MN?
PAS kini berdepan dengan cabaran paling besar menguruskan ketegangan politik diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terutama dalam hubungan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, parti itu kini berada di persimpangan dilema dalam meneruskan kerjasama politik sama ada dengan Bersatu atau UMNO.

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia (6 Mac 2021)

"Sakitnya bukan kepalang, saya macam ayam kena sembelih" - Azizulhasni cerita detik-detik kemalangan
Sakit yang ditanggung jaguh trek negara, Azizulhasni Awang dalam kemalangan di Brisbane, Australia digambarkannya sebagai bukang kepalang.

Azizulhasni kemalangan di Brisbane
Azizulhasni Awang kini sedang menunggu berita dari pihak hospital dan pasukan perubatan di bilik kecemasan Hospital Princess Alexandra.

Siri Dunia UCI: Azizulhasni juara keirin, petunjuk optimis kilauan emas Olimpik 2020
Kemenangan itu membuktikan beliau berada di landasan yang betul bagi memiliki pingat emas Olimpik di Tokyo, Jepun tahun hadapan

Azizulhasni tamat saingan di tempat keenam
'The Pocket Rocketman' mendahului saingan kedua pusingan separuh akhir dengan catatan 10.531 saat pada final di Velodrom Hong Kong.

Muhammad Shah menang gangsa acara keirin di Dublin
Walaupun terpaksa menunggu seharian dalam keadaan hujan dan cuaca sejuk, beliau mengelakkan pasukan negara pulang dengan tangan kosong.

Azizulhasni raih emas acara keirin di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017
Pelumba negara, Azizulhasni Awang muncul Raja acara keirin selepas memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Dunia 2017 yang berlangsung di Hong Kong malam ini.

Kejohanan Trek Dunia London: Azizulhasni bawa pulang gangsa
Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam saingan final acara keirin Kejohanan Trek Dunia London pada Isnin.