SEREMBAN: Bekas Ketua Jurulatih Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC) Azzmi Ab Aziz dilantik sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) baharu berkuat kuasa 15 Feb lepas.
NSFC dalam kenyataan memaklumkan jurulatih berusia 49 tahun itu dipilih bagi menggantikan K.Devan yang tamat kontrak pada Disember tahun lepas.
"Dengan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak tempatan, pelantikan ini tepat buat pasukan. Beliau terbukti seorang jurulatih yang berwibawa dan mampu membawa pasukan ke tahap lebih tinggi," menurut kenyataan itu.
Azzmi pernah membimbing skuad Piala Presiden Negeri Sembisalam lan FC selama tiga musim (2020 - 2022) sebelum berhijrah ke PDRM FC.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Jurulatih bersama Kedah Darul Aman FC bagi dua musim iaitu pada 2017 dan 2018.
"Komitmen Azzmi terhadap pembangunan pemain tempatan juga menjadi faktor penting yang menjadi kelebihan beliau. Beliau akan memberi penekanan kepada pembangunan bakat-bakat tempatan dalam skuad dan membawa mereka ke aras lebih tinggi dalam arena bola sepak tempatan," katanya.
Sementara itu Azzmi berkata pemilihan pemain dibuat lebih awal serta beberapa pemain PDRM FC dibawa masuk dalam pasukan.
"Beberapa pemain lama seperti Nasrullah Haniff Johan, Barathkumar Ramaloo, Muhammad Afiq Fitri Mohd Jefry dan Amirul Hakimi Rosli pernah bersama saya sebelum ini.
"Dengan sokongan semua pihak, InsyaAllah kita dapat persembahkan prestasi lebih baik dan mendapat keputusan positif." katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Azzmi dipilih bagi menggantikan K.Devan yang tamat kontrak pada Disember tahun lepas. - Gambar fail
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Piala Malaysia: Dua jaringan PDRM saat akhir kecewakan NSFC
PDRM FC memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 menentang Negeri Sembilan FC.
Polis tahan lima lelaki susulan kekecohan antara penyokong NSFC, JDT
Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 148 atau Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh di tempat awam atau melakukan khianat.
Negeri Sembilan hasrat naik taraf Stadium Paroi, tingkat kualiti sukan
Kerajaan Negeri Sembilan berhasrat menaik taraf Stadium Paroi di sini pada tahun hadapan bagi meningkatkan kualiti sukan selain bagi penganjuran sukan berskala besar.
NSFC sahkan pemain import diragut
Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) hari ini mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam semalam.
Azzmi dilantik Ketua Jurulatih NSFC musim ini
Bekas Ketua Jurulatih Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC) Azzmi Ab Aziz dilantik sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) baharu berkuat kuasa 15 Feb lepas.
Zaquan Adha umum bersara dengan linangan air mata
"Saya rasa ini pengakhiran saya sebagai pemain profesional bola sepak."
Liga Super: NSFC raih kemenangan pertama atasi Terengganu 2-1
Negeri Sembilan kini mengutip lima mata selepas empat perlawanan manakala Terengganu kekal dengan empat mata selepas lima perlawanan.
NSFC manfaat beraksi di laman sendiri, benam Sarawak United 3-2
Skuad Hobin Jang Hobin berjaya membuka tirai gol pada minit ke-17 selepas Gustavo Almeida dos Santos menanduk masuk sepakan sudut Che Rashid.
TFC, NSFC kongsi satu mata selepas seri tanpa jaringan
Perlawanan yang bermula pada pukul 9 malam terpaksa dihentikan 13 minit kemudian selama 70 minit disebabkan petir dan hujan lebat.
COVID-19: Kes positif pasukan NSFC bukan isu besar - MFL
Isu COVID-19 bukan lagi perkara baharu malah usaha untuk mengawalnya pada tahap sepenuhnya adalah agak mustahil.