KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia mempamerkan permainan bertenaga ketika menewaskan pemain Jepun Kanta Tsuneyama, bagi menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina, hari ini.
Zii Jia, pemain nombor tujuh dunia itu bermain cemerlang dari awal sehingga tamat permainan peringkat suku akhir, memerlukan hanya 36 minit untuk mengetepikan cabaran Tsuneyama 21-13, 21-11, di Kompleks Sukan Muntinlupa.
Pemain pilihan ketiga itu akan menentukan tempat ke akhir dengan bertemu pemain bukan pilihan dari China Weng Hong Yang, pada perlawanan separuh akhir esok.
Terdahulu Hong Yang melakukan kejutan dengan menewaskan pemain pilihan kedua kejohanan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia dalam tiga set 21-13,16-21 dan 21-11.
Sementara itu juara beregu lelaki Terbuka Jerman 2022 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan permainan cemerlang mereka di kejohanan itu dengan menewaskan Ren Xiang Yu-Tan Qiang dari China, 21-19, 21-14.
- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022

Zii Jia memerlukan hanya 36 minit untuk mengetepikan cabaran Tsuneyama 21-13, 21-11, di Kompleks Sukan Muntinlupa. - Gambar fail

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Teknologi | Trak berkuasa hidrogen, elektrik inovasi terbaharu UK
Bermula tahun 2030, semua jenis kenderaan di United Kingdom perlu menggunakan kuasa elektrik dan bukan lagi bahan api. Ini termasuk trak pelbagai muatan, namun pembawaan tenaga bateri menjadi satu cabaran kerana masalah berat yang juga disifatkan tidak mesra pengguna.

Inflasi | Pekerja lapangan terbang di Perancis tuntut naik gaji
Penerbangan dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle di Paris dan beberapa lapangan terbang lain di Perancis mengalami gangguan pada Jumaat. Ia selepas pekerja lapangan terbang mengadakan mogok dan bantahan bagi menuntut kenaikan gaji bagi mengimbangi inflasi.

Badminton Terbuka Malaysia: Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua
Zii Jia dikejutkan dengan kekalahan kepada pemain bukan pilihan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.

Terbuka Malaysia: Zii Jia ketuai lima wakil negara ke pusingan kedua
Lee Zii Jia mengetuai lima daripada 11 wakil negara yang meneruskan cabaran ke pusingan kedua esok selepas selesai saingan pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, hari ini.

Badminton: Kean Yew tidak tertekan dengan hasrat Zii Jia rampas kejuaraan dunia
Penyandang juara dunia perseorangan lelaki Loh Kean Yew sedar ramai pesaingnya termasuk Lee Zii Jia menyasarkan untuk menumpaskannya.

Zii Jia ulangi tidak akan sertai Sukan Komanwel
Keputusan Zii Jia untuk menarik diri daripada Sukan Komanwel telahpun mendapat komen positif dan negatif beberapa pihak.

Sukan Komanwel: BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Susulan tindakan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

"Dia sebenarnya sungguh-sungguh hendak wakili Malaysia, tapi..."
KBS berpendapat, semua atlet seharusnya meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya.

'Hanya Zii Jia lebih tahu'
Roslin menegaskan, tidak timbul isu patriotik atau sebaliknya berhubung dengan keputusan yang dibuat Zii Jia.

Sukan Komanwel Birmingham: Timbalan CDM kaji sasaran dua emas badminton selepas Zii Jia tarik diri
Gerard percaya barisan kejurulatihan mampu menangani kehilangan pemain perseorangan profesional negara itu.

Bermain di Sukan Komanwel sentiasa menjadi keutamaan saya - Chong Wei
Saya tidak akan menolak untuk bertanding di Sukan Komanwel, kata bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei.

Sukan Komanwel: Zii Jia tarik diri, peluang untuk Tze Yong menyinar
BAM tiada pilihan selain menurunkan pemain ranking ke-48 dunia itu untuk menggalas cabaran dalam acara perseorangan lelaki .